Kadang-kadang nak cuba masak resepi sotong dakwat tapi macam tak menyelerakan pula. Tidak mengapa sebab kali ini Mama Siti kongsikan satu resepi dari Nurul Ateekah yang menyelerakan.
Tambahan pula, rasa dan warna dakwat sotong pun tidak ketara sangat kerana resepi ini dimasak dengan cili kisar dan serai.
Tak nak tunggu lama, ayuh kita mula masak resepi sotong masak hitam pedas.
Resepi Sotong Masak Hitam Pedas
Resepi oleh: Nurul Ateekah
Bahan-bahan
- Sotong
- Cili kisar
- Air asam jawa
- Serai
- Halia
- Lengkuas
- Daun limau purut
- Belacan
- Cili padi hijau
- Bawang merah
- Bawang putih
- Garam
- Serbuk perasa
- Serbuk kunyit
Cara-cara
#1 Pertama sekali, kita perlu sediakan sotong terlebih dahulu dengan cara mendidihkan air dan celurkan sotong selama dua hingga tiga minit kemudian, toskan sotong tersebut.
#2 Selepas itu, kita teruskan dengan proses menumis. Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan serai hingga naik bau.
#3 Kemudian, masukkan cili kisar dan masak hingga ianya pecah minyak. Setelah itu, masukkan pula cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas dan belacan. Tinggal ketinggalan untuk tuangkan sedikit air asam jawa.
#4 Seterusnya, masukkan bahan utama iaitu sotong dan dakwat sotong. Gaul merata dan biarkan ia masak seketika. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa.
#5 Resepi sotong masak hitam pedas telah sedia untuk dihidangkan.
Tips Memasak Resepi Sotong Hitam
- Selain mempercepat proses memasak, tujuan merebus sotong juga adalah untuk mengelakkan sotong daripada mengecut ketika menumis.
Kalau Mama nak menu sotong dakwat hitam yang menyelerakan dengan rasa pedas, jangan lupa cuba resepi yang Mama Siti kongsikan ini ya. Oh ya, kalau tak keberatan cuba lah resepi sotong phat phet juga. Pasti buat Mama tambah nasi lagi.
Dapatkan lebih banyak resipi menarik di SINI!