Kadang-kadang tu, rasa nak makan lauk yang simple dan cepat dimasak. Tak nak berlama di dapur tapi nak masak lauk untuk seisi keluarga.
Apa kata Mama cuba masak sotong goreng kunyit ini? Nampak je mudah, tapi boleh menaikkan selera anak-anak tau!
Jom cuba?
Resepi Sotong Goreng Kunyit
Bahan-bahan
- Sotong bersih
- Garam
- Serbuk kunyit
- Bawang besar
- Cili merah
- Minyak masak
Cara Memasak
1. Gaulkan sebati sotong dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak masak dan goreng sotong. Balik-balikkannya sekejap.
3. Bila sotong dah hampir masak, masukkan bawang besar dan cili merah.
4. Kacau-kacau hingga bawang dah layu dan siap untuk dihidang!
Resepi oleh: Azie Kitchen
Tips Masak Sotong Goreng Kunyit
- Penambahan bawang besar dan cili merah akan menaambahkan lagi kesedapan resepi ini. Kalau boleh jangan tinggal ya.
- Jaga masa ketika menggoreng, jangan tinggal atau terlebih masak. Nanti sotong goreng Mama keras dan liat.
- Boleh juga letak sayur seperti kacang buncis. Sedap juga!
Kejap dan senang kan? Beberapa langkah je, dah boleh makan nasi panas-panas dengan sotong goreng kunyit yang menyelerakan.
Selamat mencuba Mama!
Kalau Mama suka sotong goreng berkicap pula, bolehlah cuba resepi ini.