KelabMama

Resepi Singgang Sotong Kunyit Selera Pantai Timur. Cuba Sekali, Pasti Nak Lagi!

resipi sotong singgang

Lauk masakan singgang memang terkenal di pantai timur. Ada yang masak pakai kunyit, ada juga yang lebih gemar warnanya jernih sahaja.

Kalau dulu, orang pantai timur sahaja yang pandai masak dan makan lauk singgang ni. Tapi sekarang orang dari negeri lain pun tahu juga buat sotong singgang ini.

Istimewa kali ini, Mama Siti bawakan kepada Mama semua resepi singgang sotong dengan kunyit. Kalau nak tahu menu singgang tu ada kunyit atau tidak, Mama perlu perhatikan warnannya.

Warna lauk singgang yang menggunakan kunyit berwarna kuning manakala yang tidak ditambah kunyit hanya berwarna jernih sahaja.

Resepi Sotong Masak Singgang

Kredit gambar: Dapurpts.com

Resepi Oleh: Malina Lina Pg

Bahan-Bahan Kisar

Bahan-Bahan Lain

Cara-Cara

  1. Sediakan periuk dan tumis bahan kisar dan serai hingga agak garing.
Kredit gambar: Malina Lina Pg
  1. Seterusnya, masukkan air, garam, perasa dan asam keping. Biarkan kuah mereneh.
Kredit gambar: Malina Lina Pg
  1. Kemudian, barulah kita masukkan sotong.
Kredit gambar: Malina Lina Pg
  1. Masukkan cili padi dan tomato dan terus tutup api. Resepi sotong masak singgang kita dah sedia untuk dihidangkan.
Kredit gambar: Malina Lina Pg

Tips Memasak Resepi Singgang Sotong

Sebagai penutup, Mama Siti harap resepi sotong singgang ini membantu Mama cuba resepi yang baru. Oh ya, kalau masih ada stok sotong dalam peti sejuk tu, apa kata Mama cuba pula resipi sotong masak kicap indian style ni. Cara masaknya pun tak kurang senang juga.

Dah cuba? Sedapkan rasanya? Sekarang dah ada menu baru dalam senarai memasak Mama!


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain seperti yang dikongsikan DI SINI.