Bila bercakap bab makanan mesti ramai yang runsing memikirkan menu apa yang membantu proses diet kita lancar.
Selain itu, ada juga yang lebih ekstrim sampai tak nak makan makanan berat. Mereka hanya makan makanan seperti roti, bijiran dan sayur-sayuran sahaja.
Nak tak kalau Mama Siti kongsikan masakan ringkas dan enak untuk orang diet dan sedang berpantang.
Menu kali ini, kita akan cuba resepi singgang ikan yang simple. Paling penting, resepi kali ini boleh dipelbagaikan dengan macam-macam jenis ikan seperti ikan tongkol, ikan selar dan ikan kembung.
Resepi Singgang Ikan
Resepi oleh: Dayang Suri
Bahan-Bahan
- Ikan Kembung atau Ikan Temenung
- Serbuk Kunyit
- Lengkuas
- Halia
- Kunyit Hidup
- Bawang Merah Kecil
- Bawang Putih
- Cili Padi
- Bendi
- Asam Keping
- Serai
- Air
Cara-Cara Memasak
1. Siang ekor ikan dan lumurkan dengan serbuk kunyit.
2. Sediakan periuk dan masukkan air, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, cili dan serai.
3. Apabila air mula mereneh, masukkan asam keping dan bendi. Perasakan dengan gula dan garam.
4. Masukkan ikan yang telah dilumurkan kunyit tadi hingga kuah mulai mereneh lagi.
5. Menu ikan singgang kita sudah sedia untuk dihidangkan.
Tips Memasak Resepi Ikan Masak Singgang
- Sebelum masukkan ikan, kecil kan api terlebih dahulu supaya kulit ikan tidak pecah dan ikan tidak kecut.
- Kalau Mama nak ikan singgang warna jernih, ikan tidak perlu dilumur dengan serbuk kunyit.
Dalam tiga gambar terakhir di atas, nampak sangat mudah kan. Dalam tiga langkah sahaja, menu diet kita dan siap.
Ternyata perkongsian dari Dayang Suri ini sesuai sangat untuk Mama yang tengah diet dalam masa yang sama tidak ada masa untuk luangkan banyak masa di dapur.
Kalau begini punya mudah dan sedap, hari yang tak diet pun kita masak juga kan Mama. Jom kita cuba resepi singgang ikan yang simple dan sedap ini.
Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.