Resepi singgang daging merupakan antara menu yang sangat digemari ramai orang serta cukup sinonim dan popular terutama di negeri Pantai Timur.
Kalau Mama berkunjung ke rumah saudara atau rakan-rakan di Kelantan atau Terengganu, pasti menu utama yang akan turut disajikan adalah masakan singgang ini sama ada ia daging atau ikan.
Kedua-duanya mempunyai rasa yang sangat sedap dan menyelerakan terutama jika Mama nikmati bersama dengan budu.
Masakan singgang ini kalau nak lagi sedap, kena lebihkan asam keping dan seimbangkan segala rasa iaitu masin, manis dan masam. Kalau Mama kurang masukkan asam, lari rasanya nanti.
Lagi satu bahan penyedap iaitu lengkuas, bahan ini kalau Mama nak tahu memang wajib dimasukkan kerana bahan inilah yang menaikkan kelazatan masakan singgang ini.
Untuk membantu Mama semua lebih faham resepi singgang daging, di bawah ini Mama Siti telah kongsikan tiga versi cara penyediaan resepi ini untuk Mama.
Resepi Singgang Daging Versi I
Bahan-bahan
- 1/2 kg daging
- 1 biji bawang holland
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1 inci lengkuas
- 5 tangkai cili kering
- 10 batang cili thai
- 2 inci kunyit hidup
- 2 batang Serai
- 1/2 lada hitam (ditumbuk kasar)
- 1/2 biji ketumbar (sangai dan ditumbuk kasar)
- 1/2 jintan manis (sangai dan ditumbuk kasar)
- 6 keping asam keping
Cara-cara
#1. Masukkan air kedalam periuk dan tunggu sehingga mendidih baru masukkan semua bahan kecuali asam keping.
#2. Setelah semua bahan tadi sudah mendidih barulah masukkan daging.
#3. Apabila daging separuh masak masukkan asam keping. Masak sehingga daging empuk.
#4. Akhir sekali masukkan garam dan gula, kacau rata. Biarkan seketika dan tutup api.
Resepi Singgang Daging Versi II
Bahan-bahan
- 1 kg daging
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1/2 sudu besar ketumbar (ditumbuk)
- 1 inci halia
- 3 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 3 tangkai cili merah (dikerat 3)
- 3 keping asam keping
- Garam
- Ajinomoto
Cara-cara
#1. Rebus daging yang telah dipotong kecil bersama halia, lengkuas, serai, bawang putih yang telah dihiris, ketumbar dan asam keping . Masak sehingga daging menjadi empuk.
#2. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dimayang terlebih dahulu, cili merah, garam secukup rasa serta ajinomoto jika suka.
#3. Biarkan ia mendidih seketika dan tutup api.
Resepi Singgang Daging Versi III
Bahan-bahan
- 1/2 kg daging
- 1 1/2 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 2 sudu besar ketumbar
- 3 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 3 tangkai lada kering
- 3 keping asam keping
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa dan budu
Cara-cara
#1. Masukkan semua bahan kecuali asam keping, garam, gula dan budu ke dalam periuk dan gaul sebati.
#2. Selepas itu panaskan ia di atas api sekejap untuk keluarkan air daging. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga daging empuk.
#3. Perasakan dengan garam dan masukkan asam keping. Kacau rata.
#4. Masukkan serbuk perasa dan juga budu mengikut citarasa mama. Masak sebentar dan Mama boleh tutup api.
Jom lihat pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!