Menu Sate atau Satay memang tidak asing lagi di negeri-negeri di nusantara. Selain Malaysia, Indonesia juga popular dengan hidangan satay ini. Bahkan ianya juga dikenali sebagai makanan street food yang sering menjadi kegemaran ramai.
Mungkin sedikit berbeza dari segi resepi dan daging yang digunakan. Namun secara asasnya satay ialah daging yang diperap lalu dibakar di atas arang. Seterusnya ia akan dicecah dengan kuah kacang.
Kali ini, kita akan mencuba satu resepi satay ayam. Keistimewaannya, resepi kita kali ini ialah satay ayam yang lembut.
Kanak-kanak, orang dewasa dan berusia juga boleh sama-sama menikmati. Boleh dihidangkan kepada segenap golongan umur.
Jom kita mulakan.
Resepi Satay Ayam Lembut
Resepi oleh: Madi Malek
Bahan-Bahan Kisar
- Serai
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Lengkuas
- Halia
- Kunyit Hidup
- Buah Keras
- Biji ketumbar
- Jintan Manis
- Jintan Putih
Bahan-Bahan Lain
- Minyak Masak
- Gula
- Gula Merah
- Garam
- Pes Asam Jawa
Cara-Cara Masak
- Potongkan ayam kepada bahagian-bahagian kecil ikut citarasa Mama.
2. Tuangkan bahan perap ke dalam bekas yang diisi daging dan kulit ayam.
3. Seterusnya, gaulkan hingga sebati kesemua bahan kisaran dan ayam.
4. Perasakan dengan gula, garam, gula merah dan minyak masak.
5. Selepas itu, bancuhkan pes asam jawa dan masukkan kedalam bekas berisi ayam.
6. Rehatkan ayam dengan menutup bekas tersebut dan simpan semalaman dalam peti sejuk.
7. Pada keesokan harinya, cucukkan daging ayam pada lidi yang diselang selikan dengan kulit ayam.
8. Kemudian, boleh mula bakarkan satay ayam hingga masak.
Tips Memasak Resepi Satay Ayam
- Tambahkan air sedikit demi sedikit semasa proses mengisar. Kita tidak mahu terlalu banyak air dalam perapan.
- Rebus kulit ayam sebelum diperap supaya menjadi lebih lembut dan tidak liat.
Jadi macam tu rupanya nak dapatkan tekstur satay yang lembut. Pertama, perlu perap semalaman. Kedua, jangan bakar hingga terlalu garing, ia akan menjadi keras.
Harapnya, Mama boleh ikut resepi satay ayam lembut kita kali ini. Mama Siti suka ambil peluang dengan ajak saudara-mara dan anak-anak sama-sama buat satay. Barulah lebih erat hubungan sesama kita!
Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.