Bagi mereka yang tak pernah cuba memasak resepi rendang ayam ni, mudah je sebenarnya. Mama hanya perlu titikberatkan tentang santan dan bahan tumisan. Lain-lain boleh adjust ikut citarasa sendiri.
Ayuh, kita tengok resepi ayam rendang yang dikongsikan oleh Puan Azza Ahsani ini. Mudah-mudahan kena dengan citarasa Mama.
Resepi Rendang Ayam
Resepi oleh: Azza Ahsani
Bahan-bahan
Bahan-Bahan Kisar
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Serai
- Cili Merah Besar
- Cili Padi
- Halia
- Lengkuas
- Kunyit
Bahan-Bahan Masakan
- Ayam
- Asam Keping
- Daun Limau Purut
- Cili Kering (Direbus dan dikisar)
- Santan
- Kerisik
- Garam
- Gula
Cara-Cara
#1 Pertama sekali hiris kecil kesemua bahan-bahan kisaran supaya proses mengisar lebih cepat. Selain itu, ini juga bertujuan supaya pengisar tidak rosak.
#2 Seterusnya, goreng ayam separuh masak. Lagi satu pilihan ialah Mama boleh terus masukkan ayam mentah semasa memasak.
#3 Kita akan mula panaskan minyak dalam kuali dan tuangkan bahan kisaran. Teruskan menumis hingga pecah minyak.
#4 Selepas tumisan pecah minyak, terus masukkan cili kering yang telah dikisar. Kita akan terus masak hingga sedikit kering. Sekali-sekala, kacaukan tumisan supaya tidak hangus.
#5 Langkah seterusnya, masukkan daun limau purut dan asam keping. Tidak lama selepas itu, terus tuangkan ayam separuh masak.
#6 Masukkan santan. Tambahkan santan dengan nisbah 1:2 iaitu satu kotak santan dan dua cawan air.
#7 Kacaukan kesemua bahan-bahan tadi supaya sebati kemudian masukkan kerisik. Gaulkan kesemuanya dan perasakan dengan garam dan gula.
#8 Kita akan terus hidupkan api hingga rendang ayam menjadi sedikit kering seperti dalam gambar.
#9 Resepi rendang ayam sudah sedia untuk dihidangkan dan makan bersama-sama nasi impit ataupun nasi putih.
Tips Memasak Resepi Rendang Ayam
- Rempah rendang menggunakan ayam mentah lebih meresap berbanding ayam yang digoreng separuh masak. Ayam separuh masak pula akan cepat masak berbanding ayam mentah.
- Tambahkan lebih banyak santan untuk rasa rendang yang lebih berlemak.
Kita manfaatkan masa yang ada ini sebagai latihan menyediakan lauk rendang ayam yang sedap di hari lebaran. Harap-harap resepi ini membantu Mama menyediakan juadah untuk keluarga dan tetamu.
Jom cuba resepi ayam ungkep pula kerana ianya mempunyai persamaan dengan resepi rendang ayam.
Dapatkan lebih banyak resepi menarik di SINI!