Siapa yang suka makan pedas, sudah pasti popia sira pedas akan menjadi salah satu makanan favorite kan. Popia sira ni kekadang ada jugak yang panggil popia sambal atau popia bercili.
Cara nak buat pun berbeza dari popia yang lain. Selalunya popia goreng yang lain selepas goreng dah boleh terus makan kan.
Tapi popia sira ni lain, lepas goreng kena buat sos sira pula. Lepas dah siap masak sos sira baru lah masuk popia dan barulah boleh dimakan.
Jom kita tengok resepi popia sira ni macam mana.
Resepi Popia Bersira Pedas
Bahan-bahan
Bahan untuk lekatkan kulit popia
- 2 sudu besar tepung gandum
- Sedikit air
Bahan untuk inti popia
- 2 ulas bawang putih, (dicincang halus)
- 1 biji sengkuang (potong memanjang)
- 1 batang carrot (diparut kasar)
- Kobis (dicincang kasar)
- Taugeh
- 1 biji bawang besar (dihiris halus)
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar udang kering (ditumbuk halus)
- Gula dan garam
Bahan untuk sos sira pedas
- 2-3 sudu besar minyak masak
- 1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 1 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
- 2 sudu besar cili padi
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar cuka makan
- Bijan (disangai tanpa minyak tau)
- Garam
Cara Penyediaan
Cara untuk menyediakan tepung gam
- Bancuhkan tepung gandum bersama air sedikit demi sedikit sehingga menjadi pes yang pekat.
Menggoreng Popia
- Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti popia dan balut dengan kemas.
- Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam.
- Gorengkan sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk Menggoreng Popia Sos Sira Pedas
- Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar dan masak seketika sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, gula dan cuka makan. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.
- Apabila sos sudah masak, tuang popia goreng di dalam kuali dan kacau sos sehingga menyaluti semua permukaan popia. Pastikan popia digaul dengan cepat.
- Angkat dan susun di atas pinggan. Taburkan dengan bijan untuk hiasan.
Tips untuk Menyediakan Resepi Popia Sira
- Popia harus digoreng dengan minyak panas di api sederhana supaya kulitnya masak sekata, kekuningan dan ranggup.
- Pastikan juga sos sira masak dengan sempurna dan pekat sebelum digaul kerana jika sos sira cair, popia akan mudah menjadi lembik apabila digaul kemudian nanti. Kalau Mama tak ada cuka makan, boleh gunakan air asam jawa sebagai ganti.
- Mama nak tambah ayam untuk inti popia pun boleh juga.
Jadi lepas ni kalau anak-anak atau Papa nak makan popia sira tak perlu nak pergi pasar malam dah. Mama dah boleh buat sendiri lepas ni.
Silap hari bulan, tiap hari request nak makan popia sira yang Mama buat.
Baby Mama dah boleh mula makan? Dapatkan resepi makanan baby di SINI.