KelabMama

Anak-anak Pun Boleh Buat! Resepi Popia Sayur Yang Mudah

resepi popia goreng sayur

Sedapnya kalau petang nanti dapat makan popia goreng yang ranggup bersama family. Lagi pun, dah lama tak makan popia goreng sayur.

Apa kata daripada Mama beli lebih baik baik buat sendiri je. Kalau buat banyak-banyak pun tak apa, boleh buat stock frozen.

Nak akan nanti boleh terus goreng je, masa pun jimat tak perlu nak sediakan bahan lagi.

Ini Mama Siti kongsikan resepi popia sayur untuk Mama. Sama je macam nak buat popia carbonara tapi popia sayur ni lagi senang nak buat tau.

Resepi Popia Sayur

Kredit Gambar: Blog Cik Matahariku

Bahan-bahan

Bahan untuk pencicah

Cara Memasak

  1. Mama panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  2. Selepas tu, Mama masukkan sedikit air, lobak merah dan kiub ayam yang telah dihancurkan ke dalam kuali. Goreng sekejap sehingga lobak menjadi lembut
  3. Masukkan tauhu dan taugeh.
  4. Masukkan juga sedikit garam dan gula secukup rasa. Gaul sekejap.
  5. Mama gaul sehingga kuahnya agak kering dan bolehlah Mama angkat untuk disejukkan sebelum dijadikan inti.
  6. Setelah agak sejuk sedikit, cedukkan lebih kurang satu sudu inti dan diletakkan di tengah-tengah popia.
  7. Bungkus popia dan gunakan tepuang/telur putih untuk lekatkan kulit supaya time Mama goreng nanti kulit popia tak terbukak.
  8. Popia sudah sedia untuk digoreng, goreng dengan minyak yang banyak sehingga warna kekuning-kuningan.

Penyediaan sos

  1. Kisarkan cli merah dan bawang putih.
  2. Panaskan eriuk dan masak cili kisar yang telah dikisar tadi di atas api yang perlahan.
  3. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Tambahkan air untuk mencairkan sos dan cuka unuk menambahkan rasa masam.

Senang je kan resepi popia sayur ini. Bukan Mama je boleh buat, Papa pun boleh buat jugak ikut resepi yang Mama Siti kongsikan ni.

Nota: Inti yang siap digoreng, Mama jangan lupa toskan dulu. Kalau tak nanti popia Mama jadi lembik.

Sesuai juga untuk dihidangkan kepada anak-anak yang kurang makan sayur. Ini boleh buat mereka belajar makan sayur tau.

Selamat mencuba resepi popia goreng sayur ini!


Macam mana nak buat sotong masak asam? Klik di SINI.