KelabMama

Resepi Popia Cheese Meleleh dengan Tiga Bahan Jer!

resepi popia cheese

Popia cheese ni sangat lah simple tau Mama. Bukan setakat bahan je, cara nak buat pun paling senang tau. Lagi-lagi buat Mama yang bekerja, balik dah lewat petang tak sempat nak

Ini Mama Siti kongsikan resepi popia cheese daripada YouTube Channel Dapur Biru. Jom kita sama-sama tengok cara-cara nak buat popia cheese gulung ni macam mana.

Resepi Popia Cheese

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Mula-mula sediakan kulit popia.
  2. Kemudian, Mama letakkan cheese dan isi ketam.
  3. Mama gulung dan lipatkan separuh kulit popia yang tadi dengan kemas.
  4. Sapukan lebihan kulit popia dengan tepung gandum yang telah dibancuh dengan air sebagai gam.
  5. Mama ulang step yang sama sehingga kulit popia Mama habis digulung.
  6. Panaskan minyak dan gorengkan popia yang Mama gulung tadi.
  7. Goreng sehingga popia menjadi warna keperangan.
Kredit Gambar: Small Town Woman

NOTA: Mama nak tambah sayur dalam resepi popia cheese ni pun boleh juga tau. Lagi satu, terpulang kepada Mama nak gunakan cheese jenama apa, mana-mana pun boleh asalkan cheese je.

Kalau Mama nak buat dalam kuantiti yang banyak, Mama agak-agak lah berapa banyak bahan yang Mama perlukan ye.

Popia cheese ni pun sama dengan popia yang lain kalau Mama nak buat sebagai stock frozen pun boleh. Lagi senang untuk Mama.

Jimat masa Mama, tak perlu nak berperang lama-lama dekat dapur kan. Keluarkan popia dari fridge selepas tu dah boleh goreng.

Selamat mencuba Mama!


Dapatkan lebih banyak resepi makanan yang lain di SINI.