KelabMama

Menu Comfort Food, Resepi Paprik Ayam Siap Dalam Kiraan 7

Resepi ayam paprik dengan nasi putih panas, selalu berhasil tenangkan diri Mama Siti kembali. Orang kata apa? Comfort food kan.

Satu lagi menu dari negara Thailand yang senang nak buat dan rasanya pun ada iras-iras tom yam. Bahan paling penting kalau nak masak resepi ayam paprik ialah daun limau purut dan serai. Kan sama tu dengan bahan-bahan dalam tom yam.

Jom tengok resepi paprik ayam dari Puan Hafizah Sarif ini.

Resepi Paprik Ayam

Kredit gambar: iResepi.com

Resepi oleh: Hafizah Sarif

Bahan Utama

Bahan-Bahan Racikan

Bahan-Bahan Kisaran

Cara-Cara 

#1 Langkah pertama ialah potong ayam kecil-kecil dan mula proses bahan kisaran. Oh ya, cili kering hendaklah dibuang bijinya dan direbus terlebih dahulu ya. Bawang putih pula perlu lebih banyak dari bawang merah. 

#2 Kita dah boleh mula menumis bahan kisaran sekarang. Panaskan kuali bersama-sama dengan minyak panas dan masukkan bahan kisaran. 

Kredit gambar: Hafizah Sarif

#3 Apabila tumisan telah pecah minyak, masukkan pati ayam. Mama nak masukkan seketul boleh, nak hancurkan dulu pun tak ada masalah. 

Kredit gambar: Hafizah Sarif

#4 Tanpa menunggu lama, terus sahaja masukkan ayam dan gaulkan. Tunggu sehingga ayam setengah masak dan tambahkan 3 sudu sos cili, 5 sudu kicap dan 6 sudu sos tiram. 

#5 Tak lengkaplah ayam paprik kita tanpa serai dan daun limau purut. Letakkan dalam kuali dan kacaukan supaya rasanya sebati dengan bahan-bahan lain. 

Kredit gambar: Hafizah Sarif

#6 Akhir sekali barulah kita tuangkan sayur-sayuran bermula paling keras hingga yang paling lembut. Bukan apa, kalau masuk sayur yang lembut macam tomato awal-awal, risau jadi lembik pula nanti. 

Jangan lupa untuk perasakan dengan garam dan gula. Kalau Mama suka lauk yang berkuah pun boleh lah tambahkan sedikit air ketika ini. 

Kredit gambar: Hafizah Sarif

#7 Dengan hanya tujuh cara masakan, resepi ayam masak paprik kita dah sedia untuk dihidangkan. 

Kredit gambar: Hafizah Sarif

Tips Resepi Ayam Paprik

Ha, inilah comfort food Mama Siti. Kalau dapat makan menu ini lepas seharian penat bekerja, tenanglah hati sikit. Mama pula, apa comfort food Mama?

Oh ya sebenarnya ada satu lagi resepi yang Mama Siti selalu juga masak lepas penat bekerja dari pejabat. Resepi gulai ayam juga salah satu pilihan untuk makan malam.


Mama juga boleh cuba pelbagai resepi lain dengan klik SINI!