Pikat selera anak dengan resepi nugget ayam hasil air tangan mama tercinta…
Resepi nugget ayam sebenarnya senang je nak buat! Malah ia jauh lebih sihat jika dibuat sendiri berbanding dibeli dari pasaraya kerana ia telah mengalami proses sejuk beku.
Kalau anak mama gemar makan sayur, mama boleh cuba buat resepi nugget ayam sayur yang semestinya sedap dan berkhasiat buat si kecil yang semakin membesar.
Jom kita lihat resepi ini yang memang cukup ringkas dan pastinya lazat!
Resepi nugget ayam buat si kecil
Resepi nugget ayam #1
Bahan-bahan:
- 400gm isi ayam / dada ayam yang dicincang
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 1/2 lobak
- 1/2 seleri (jika mahu)
- daun bawang ( Tak nak letak pun boleh)
- 3 sudu tepung jagung
- 2 sudu besar lada sulah
- 2 sudu kecil garam
- 2 biji telur
Cara-cara membuat:
- Kisar isi ayam dengan telur, lada sulah dan garam. Tambah air lebih kurang 1/4 cawan supaya mudahkan blender.
- Campur bahan kisar tadi dengan tepung jagung dan gaul rata. Tambah air atau tepung untuk adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
- Sapu minyak zaitun pada loyang dan kukus adunan hingga masak. Ia ambil masa sekurang-kurangnya 10 ke 20 minit.
- Sejukkan adunan yang telah dikukus dan potong nugget ikut bentuk kesukaan.
- Selepas itu, celup dalam telur dan golek dalam serbuk roti.
- Simpan untuk goreng pada hari lain atau buat stok daam peti ais.
- Lapik plastik supaya tidak melekat.
- Jika ingin beri pada anak, cukup sekadar goreng bagi garing saja kerana ia sudah masak.
- Selamat mencuba!
Resepi nugget ayam bersayur #2
Bahan-bahan:
Bahan A:
- 800 gram ayam yang telah dikisar (ambil bahagian isi sahaja)
- 2 cawan tepung jagung
- Serbuk lada hitam
- Serbuk bawang putih
- Daun sup
- Daun ketumbar
- Sayur (boleh letak lobak, kubis, sawi, bayam, brokoli dan lain-lain) Kemudian hiris halus.
- Garam atau bahan perasa lain (terpulang kalau nak letak)
Bahan B:
- 5 biji telur untuk disalut pada nugget
- Serbuk roti
Cara-cara membuat:
- Gaul semua bahan A hingga sebati.
- Bila bahan A sudah digaul sebati. ambil sedikit demi sedikit dan buat bentuk yang anda suka mengikut kreativiti masing-masing.
- Pecah telur dan golek dengan telur yang telah dibentuk tadi.
- Ambil serbuk roti untuk salutan terakhir dan golek hingga rata.
- Akhir sekali, simpan dan sejukkan supaya bentuknya lebih pejal.
- Siap untuk digoreng.
Macam mana dengan resepi ini nampak mudah dan lazat kan? Confirm anak mama suka dan berselera! Apa tunggu lagi mama, jom kita mencubanya!