KelabMama

Resepi Lengkap Set Nasi Minyak Ala Kenduri, Ayam Masak Merah & Acar Nenas Istimewa untuk Berbuka

Ramadan tiba! Ramadan tiba! Marhaban Ya Ramadan!

Setiap kali berkumandang lagu itu, mesti ramai antara umat Islam yang berasa penuh semangat hendak mengimarahkan Ramadan tahun ini. Baik dari segi memperbaiki diri, memperbanyakkan amalan, dan tidak ketinggalan juga ibu-ibu yang ligat berfikir menu untuk sahur dan berbuka puasa, bagi meraikan bulan mulia ini. Alhamdulillah. 

Kali ini, Mama Siti ingin kongsikan satu lagi resepi mudah yang pasti Mama Siti akan cuba sediakan untuk menaikkan selera anak semasa iftar. Mahu tidak mahu, setiap kali Ramadan, anak-anak pasti akan tanya, “Ma, buat nasi minyak ayam masak merah tak?” Rasa bersalah jika jawapannya adalah negatif. 

Kredit gambar: Ceria Sihat

Jom Mama semua, kita buat nasi minyak dan ayam masak merah yang mudah lagi menyelerakan ini.

 Resepi Nasi Minyak

Kredit gambar: LaokCampor.com.my

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak sapi dan marjerin bersama-sama. Boleh saja panaskan terus di dalam rice cooker, tapi, Mama Siti lagi gemar untuk menumis di dalam kuali dahulu. Kalau Mama gemar rasa minyak sapi, Mama boleh juga lebihkan sukatan minyak sapi ikut kesesuaian.  
  2. Apabila minyak sudah panas, masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Masukkan juga daun pandan. 
  3. Kemudian masukkan bawang merah dan halia yang telah dihiris halus. Tumis hingga naik bau. 
  4. Selepas itu, masukkan air dan susu cair bersama sedikit garam dan gaulkan dengan beras yang sudah dicuci.
  5. Boleh juga masukkan sedikit kacang badam atau kismis sebagai penaik rasa. Taburkan bawang goreng semasa menghidang, pasti lebih menaikkan selera!

Resepi Ayam Masak Merah

Kredit gambar: Kuali.com

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Goreng ayam hingga 3/4 masak kemudian ketepikan. Pastikan ayam tidak terlalu masak, supaya tidak menjadi liat apabila hendak memakannya nanti. 
  2. Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang besar hiris, serai, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga wangi. 
  3. Kemudian, tumiskan bersama dengan bahan-bahan yang telah dikisar. Perlahankan api, dan masak sehingga pecah minyak dan cili benar-benar garing.  
  4. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata sehingga terbit minyak dan mendidih. Masukkan air mengikut keperluan. 
  5. Selepas itu, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan kesemuanya.
  6. Tambahkan susu cair sedikit, mengikut kadar dan selera masing-masing.
  7. Boleh juga ditambah kacang peas atau tomato jika mahu, dan siap untuk dihidang!

Resepi Acar Nenas Timun

Kredit gambar: Sea Salt With Food

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Hiris panjang-panjang timun dan lobak merah.
  2. Kemudian hiris bawang besar, dan cili merah.
  3. Nenas dipotong-potong dan hiris mengikut kesesuaian.
  4. Gaulkan semua bahan di dalam bekas bersama cuka, garam dan gula.
  5. Kalau gemar masam-masam limau atau lemon pun, boleh juga gunakan untuk menaikkan rasa. 

Lengkap set nasi minyak ala kenduri kahwin untuk iftar bersama keluarga tercinta. Selamat berbuka puasa!