KelabMama

Resepi Nasi Lemak Pandan: Lain Daripada Yang Lain + Tips Tambahan Untuk Mama!

Pandan dan santan ialah dua bahan masakan yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi dalam resepi orang Melayu yang banyak menggunakan daun pandan dan santan. 

Kedua-dua bahan ini boleh didapati dalam resepi nasi lemak pandan yang Mama Siti nak kongsikan hari ini. Ya betul tu. Nasi lemak warna hijau dengan aroma pandan yang menaikkan lagi selera kita sekeluarga!

Keistimewaan nasi lemak pandan ni mestilah pada warnanya yang hijau, hasil daripada daun pandan itu tersendiri. Lagi sedap kalau makan dengan sambal ikan bilis yang garing dan pedas-pedas manis. Umph sangat!

Yang penting, resepi nasi lemak pandan yang Mama Siti nak kongsikan daripada Aisyah Humaira ni kena masak atas api tau! Jom lihat cara memasak resepi ini.

Resepi Nasi Lemak Pandan

Kredit gambar: Makan Jika Sedap

Resepi oleh: Aisyah Humaira

Bahan-Bahan

Cara-Cara Buat Air Pandan

1. Kisarkan daun pandar dan tapiskan airnya.

Kredit gambar: Aisyah Humaira 

Cara-Cara Buat Nasi Lemak Pandan

1. Cuci beras hingga bersih dan buangkan airnya. 

2. Dalam masa yang sama, cuci juga pandan hingga bersih dan simpulkan.

Kredit gambar: Cookpad.com

3. Masukkan bahan-bahan diatas ke dalam periuk nasi termasuklah air pandan.

Kredit gambar: Aisyah Humaira 

4. Letakkan atas dapur dan buka api besar. Apabila nasi mula mendidih, kecilkan api.

Kredit gambar: Sajian Sedap

5. Kemudian, bila nasi dah hampir kering atau masak, kacaukan perlahan-lahan dengan senduk nasi. 

Kredit gambar: Rasa

6. Nasi lemak pandan kita dah siap. Sedia untuk dimakan dengan sambal bilis. 

Kredit gambar: Utusan Malaysia

Tips Memasak Resepi Nasi Lemak Pandan

Nasi Lemak Pandan lebih sedap kalau makan ramai-ramai. Boleh sama-sama lihat reaksi kawan-kawan kita makan nasi warna hijau kan.

Menu ini juga boleh dijadikan idea kalau anak-anak Mama liat nak makan nasi. Mana tahu kan kalau anak-anak nampak warna hijau, mereka tertarik nak makan.

Kalau tak berjaya juga, apa kata Mama cuba resipi nasi minyak ala lauk kenduri ni pula.


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain seperti yang dikongsikan DI SINI.