KelabMama

Cara Mudah Menyediakan Resepi Nasi Hujan Panas (Lagi Sedap!) Dihidangkan Bersama Daging Masak Hitam

resepi nasi hujan panas malaysia

Nak buat resepi nasi hujan panas ni sebenarnya Mama tak perlukan banyak bahan pun malah bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah diperoleh. Kalau lihat menu ni, nampak macam susah kan? Tapi taklah Mama! Menu ini sangat senang dan tidaklah begitu renyah untuk memasaknya.

Nasi yang sering dijadikan menu utama di kebanyakan majlis keraian dan perayaan bukan sahaja mudah tapi sangat sedap kalau dinikmati bersama daging masak hitam atau ayam masak merah dan juga jelatah.

Malah, warna nasinya yang berwarna-warni dan begitu cantik pastinya membuka selera anak-anak Mama.

Jadi, bagi membantu Mama semua memikat selera keluarga, di bawah ini Mama Siti telah kongsikan bahan-bahan serta langkah-langkah memasak untuk dijadikan sebagai panduan. Jom lihat!

Resepi Nasi Hujan Panas dan Resepi Daging Masak Hitam

Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan

Bahan tumisan

Cara-cara

#1. Rendam beras selama 30 minit, kemudian basuh dan toskan.

#2. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan empat sekawan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.

#3. Masukkan daun pandan, kiub ayam, dan beras. Tuangkan susu penuh krim dan air. Kemudian masukkan garam dan perasa.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Masak nasi sehingga hampir kering, tutup periuk dan tanak nasi sehingga masak. Setelah nasi kering, titiskan pewarna.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Kacau nasi sehingga warna sekata dan sedia untuk dihidangkan!

Nak lagi sedap, hidangkan resepi nasi hujan panas ini dengan daging masak hitam di bawah:

Resepi Daging Masak Hitam

Bahan-bahan

Cara-cara

  1. Perap daging dengan dua sudu cili boh dan kicap secukupnya selama 30 minit.
  2. Tumiskan kesemua bahan yang telah dikisar sehingga ia keperangan dan berbau harum.
  3. Kemudian masukkan perapan daging tadi. Masukkan ubi kentang.
  4. Apabila agak kering, masukkan garam dan gula secukupnya dan setengah sudu serbuk lada hitam.
  5. Kacau sebati, tutup periuk dan masak seketika.

Tips/Petua Menyediakan Resepi Nasi Hujan Panas

Di harap dengan perkongsian resepi ini dapat menambah semangat Mama di dapur. Selamat mencuba! Jom cuba resepi nasi ayam hainan pula!


Jom cuba pelbagai aneka resepi yang lain beserta tips memasak yang berguna diĀ SINI!