Rasa masam-masam beraroma tom yam memanggil-manggil perut kita untuk diisi. Lebih-lebih lagi dengan tambahan sayur, udang dan ayam yang sungguh menyelerakan.
Sekali-sekala teringin nak cuba masak resepi nasi goreng tomyam ala kedai tom yam Thailand. Bahan-bahannya pun tidak lah sukar diperolehi. Boleh kata segala bumbu masakan ada ‘stand by’ di dapur.
Mari Mama Siti kongsikan cara masak nasi goreng tomyam ala thai yang sedap dan simple.
Resepi Nasi Goreng Tomyam
Resepi oleh: Wan LuQman
Bahan-Bahan
- Bawang Putih
- Udang
- Cili Kisar
- Nasi
- Pes Tom Yam/ Kiub Tom Yam
- Telur
- Serbuk Perasa
- Gula
- Daun Limau Purut
- Cili Padi
- Daun Ketumbar
- Sos Ikan
- Sotong
Cara-Cara
- Tumiskan bawang putih yang dicencang dalam minyak panas hingga garing.
2. Masukkan satu sudu pes tom yam dan terus kacaukan bersama-sama bawang putih tadi.
3. Tak tunggu lama, masukkan pula satu sudu cili kisar untuk rasa pedas dan menambah warna nasi goreng.
4. Kemudian, pecahkan sebiji telur dalam kuali. Biarkan sebentar telur masak dalam kuali sebelum kita kacaukannya.
5. Perasakan dengan gula dan penambah rasa supaya nasi goreng tom yam kita tak tawar.
6. Seterusnya, tuangkan nasi dan masukkan hirisan daun limau, cili padi dan daun ketumbar dan gaulkan rata kesemua bahan-bahan yang ada dalam kuali.
7. Rahsia masak nasi goreng macam kedai tom yam ialah dengan menambahkan satu sudu sos ikan.
8. Akhir sekali, masukkan pula sotong yang telah dicelur dan gaulkan rata.
9. Nasi goreng tom yam yang masih panas lebih sedap dimakan. Nak lagi ‘umpph’, makan sama-sama dengan keropok keping.
Tips Masak Resepi Nasi Goreng Tomyam Yang LEBIH Sedap
- Tumiskan hirisan serai bersama-sama dengan bawang putih. Aroma tomyam akan lebih menyerlah.
- Jangan biarkan pes tomyam dan cili kisar hangit. Selepas masukkan dalam kuali, terus sahaja kacau.
- Tekstur nasi goreng lebih berderai jika menggunakan nasi yang disimpan dalam peti sejuk semalaman. Namun jika tidak ada, Mama boleh sahaja ‘menggemburkan’ nasi tersebut sebelum dimasukkan ke dalam kuali masakan.
Kalau teringin nak makan sesuatu yang masam dan pedas bersama-sama dengan nasi, resepi nasi goreng tomyam lah jawapannya.
Cara masak resepi ini mudah sekali. Masukkan bawang, pes tomyam, nasi dan sos ikan. Dah jadi. Mama tak perlu bersiap ke kedai Thai lagi selepas ini.
Rasa masam dan pedas resepi ini sama seperti menu sup ayam thai yang pernah Mama Siti kongsikan dulu. Cubalah, mana tahu sepadan dengan nasi goreng tomyam kita. Boleh dijadikan kuah.
Tak cuba, tak tahu. Kalau belum berjaya kali pertama, tidak mengapa. Boleh cuba lagi lain kali kan. Selamat menjamu selera dan semoga menu yang Mama Siti kongsikan serasi dengan ‘taste’ Mama.
Jom cuba resepi yang lain di SINI.