KelabMama

Resepi Nasi Goreng Kampung Extra Sedap Wajib Mama Cuba!

resepi nasi goreng kampung

Kredit gambar: sumirancafe.com.my

Resepi nasi goreng kampung merupakan salah satu antara menu yang paling popular terutamanya bagi mereka yang sangat menggemari nasi goreng. Nasi goreng kampung ini sangat sesuai dimakan bersama ulam timun dan sambal belacan serta keropok goreng.

Menu yang boleh dinikmati dengan mudah di gerai-gerai makanan terutamanya kedai tomyam ini sering kali menjadi pilihan terutama ketika waktu malam. Nasi yang dipadankan dengan kerangupan ikan bilis serta diseimbangkan pula dengan sayur dan bahan-bahan lain memang sangat enak dinikmati ketika masih panas-panas.

Oleh itu, kalau si suami dan anak-anak Mama merupakan penggemar nasi goreng ini, apa kata Mama cuba memasaknya berpandukan resepi yang Mama Siti kongsikan di bawah ini. Pasti nasi goreng yang Mama buat ini akan menjadi lebih enak dan lazat!

Cara Penyediaan Resepi Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula sekali panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan tumis bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk kasar terlebih dahulu.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Tumis sehingga ia bertukar keperangan dan naik bau.

#2. Kemudian masukkan sotong dan udang yang telah dibersihkan. Kacau sehingga sotong dan udang masak.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Setelah ia masak, masukkan pula nasi putih dan gaul biar ia sekata.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Selepas itu masukkan tiga sudu sos tiram, tiga sudu kicap cair, nampla, garam, gula, lada sulah dan serbuk perasa secukupnya.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Kemudian gaul hingga sebati dan masukkan tiga sudu besar sambal belacan.

#5. Seterusnya masukkan sayur kangkung yang telah dicuci bersih dan dipotong kasar. Kacau rata sehingga kangkung menjadi layu.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#6. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu. Kacau rata dan tutup api.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Hiaskan ia dengan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang nanti.

Tips/Petua Memasak Resepi Nasi Goreng Kampung

Diharap dengan perkongsian resepi nasi goreng kampung yang lazat ini akan menambahkan lagi semangat Mama untuk memasak. Selamat mencuba. Ayuh try resepi ayam goreng KFC ni pula untuk makan dengan nasi goreng kampung ni!


Jom lihat pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!