Ralit sungguh lah Mama Siti baca sketsa dalam laman kumpulan masakan di Facebook. Kisahnya tentang ibu mentua nak makan malam-malam.
Rupanya pemilik akaun Facebook Nurul Ateekah sedang menceritakan pengalaman sendiri. Patutlah siap ada gambar dan cara-cara buat resepi nasi goreng ikan masin yang tampak sungguh menyelerakan.
Keunikan resepi ini ialah dari rasa ikan masin dan sayur-sayurannya. Sebenarnya, lagi sedap kalau pakai sayur kailan tetapi dalam resepi ini beliau menggunakan sayur sawi.
Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara masak nasi goreng ikan masin paling ringkas dan sedap.
Resepi Nasi Goreng Ikan Masin
Resepi oleh: Nurul Ateekah
Bahan-Bahan
- Nasi putih (diperoi)
- Ikan Masin
- Bawang Putih
- Cili Merah
- Lobak Merah
- Sawi atau Kailan
- Serbuk Perasa
- Telur
- Serbuk Lada Putih
- Kicap (Light soy sauce)
- Sos Ikan
Cara-Cara
- Pertama sekali, tumis bawang putih yang telah dicencang dengan sedikit minyak yang telah dipanaskan hingga naik bau.
2. Tanpa menunggu lama, terus masukkan ikan masin yang telah dipotong kecil-kecil. Tumiskan bersama-sama bawang putih hingga ikan masin menjadi sedikit garing.
3. Seterusnya, cuci bersih sebiji telur dan dan pecahkan dapur kuali. Kacaukan telur tersebut untuk kita pergi ke langkah yang seterusnya.
4. Setelah telur masak, masukkan pula sayur-sayuran seperti lobak merah, sawi dan cili merah ke dalam kuali masakan.
5. Selepas itu, barulah kita masukkan nasi yang telah diperoi dan gaulkan rata supaya kesemua bahan masakan tercampur rata.
6. Langkah terakhir barulah kita tambahkan sos ikan dan sedikit kicap. Kacaukan hingga rasa kedua-dua sos itu sebati. Oh ya, tidak dilupakan serbuk lada putih dan serbuk perasa. Gaulkan sekali lagi hingga Mama puas hati dengan rasanya.
7. Nasi goreng ikan masin kita sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
Tips Menyediakan Resepi Nasi Goreng Ikan Masin
- Padanan paling sesuai ditambahkan ketika masak nasi goreng ikan masin ialah sayur kailan. Sama seperti hidangan yang dimasak di kedai makan.
- Bahan hiasan seperti daun bawang boleh juga ditaburkan di atas nasi yang telah dihidangkan. Selain mencantikkan daun bawang juga ada rasa yang enak.
Betul lah. Resepi Nurul Ateekah ini memang sangat mudah. Asalkan ada bahan dan rajin, mesti jadi punyalah resepi nasi goreng ikan masin.
Memang sesuailah kalau perut tiba-tiba lapar waktu malam. Sudahlah cepat dimasak, sedap pulak tu. Itu belum lagi kalau ada lauk tambahan seperti resepi ayam masak halia.
Pasti tidur nyenyak malam nanti.
Jom lihat pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!