Resepi nasi goreng cina yang sangat mudah dimasak ini sebenarnya merupakan hidangan kegemaran ramai orang.
Menu yang sangat ringkas dan tidak memerlukan bahan yang banyak serta menjimatkan masa ini sangat sesuai untuk golongan yang bekerjaya selain sangat disukai kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas.
Bahan-bahannya boleh disediakan lebih awal dengan menyimpannya di dalam peti sejuk terlebih dahulu.
Jadi bagi Mama yang bekerjaya, menu ini merupakan hidangan tepat yang dapat menjimatkan tenaga dan juga masa Mama di dapur.
Bagi membantu Mama menyediakan nasi goreng yang sangat menyelerakan ini dengan lebih pantas, Mama Siti kongsikan resepi mudah dan ringkas yang sangat enak untuk Mama semua cuba. Jom lihat!
Resepi Nasi Goreng Cina Versi I & II
Resepi Nasi Goreng Cina Versi I
Bahan-bahan:
- Nasi sejuk
- 1 keping dada ayam
- 1 sudu planta
- 1 ketul kiub pati ayam
- 1 bungkus fishball (10 biji)
- 1 batang lobak merah (saiz kecil)
- 3/4 biji kubis cina
- 2 ekor sotong
- Garam halus
- 1 biji telur
- Minyak bijan
Cara-cara memasak:
#1. Mula-mula sediakan dan potong semua bahan di atas. Kemudian panaskan kuali, apabila kuali sudah panas masukkan planta.
#2. Setelah itu, masukkan sotong yang telah dipotong dan udang.
#3. Masukkan lobak merah dan kiub ayam. Setelah semua bahan kelihatan garing ketepikan sedikit dan masukkan telur. Kacau sehingga telur masak.
#4. Selepas itu masukkan nasi. Renjis minyak bijan dan kacau sehingga sekata. Masukkan pula sayur kubis yang telah dipotong kecil. Kacau sehingga sayur layu.
Nasi goreng cina siap untuk dihidangkan.
Resepi Nasi Goreng Cina Versi II
Bahan-bahan
- Nasi secukupnya
- 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 2 sudu makan serbuk pati ayam
- 1 sudu makan minyak bijan
- Udang segar (dIbuang kulit)
- 1 mangkuk sayur campur
- Minyak masak
Cara-cara memasak:
#1. Mula-mula panaskan minyak secukupnya, kemudian tumis bawang putih sehingga keperangan dan naik bau.
#2. Masukkan udang dan biarkan ia masak.
#3. Ketepikan udang dan masukkan telur. Kacau telur dan biarkan ia masak sempurna.
#4. Masukkan nasi yang telah diramas bersama sayur campur. Kacau hingga sekata.
#5. Taburkan serbuk pati ayam dan kacau hingga sebati. Masukkan minyak bijan dan gaul biar sebati.
Rasa nasi, jika tawar tambahkan perasa secukupnya. Nasi goreng cina siap untuk dihidangkan.
Tips/Petua
- Jangan guna nasi yang baharu dimasak kerana nasi akan melekat antara satu sama lain. Pastikan nasi disejukkan terlebih dahulu.
Semoga Mama dapat memanfaatkan resepi yang ringkas tetapi sangat sedap ini untuk seisi keluarga. Jom cuba resepi ayam panggang ala ayam golek pula!
Mama juga boleh dapatkan pelbagai aneka resepi nasi goreng yang lain beserta tips memasak yang berguna di SINI!