Di utara Malaysia, resepi ini dipanggil nasi goreng cabai kering. Rahsia kesedapan menu kita kali ini ialah melalui bahan dan tekniknya.
Paling penting ialah cili kering yang digunakan hendaklah ditumbuk dahulu kerana kita inginkan butiran kasar dari cili kering itu ketika menyediakan resepi nasi goreng cili kering ini.
Istimewa kali ini, pemilik akaun Facebook Wan LuQman berkongsi cara menyediakan resepi nasi goreng cili kering ikan goreng. Ikan goreng akan diracikkan dan digaul bersama-sama dengan nasi sebelum digoreng.
Mama nak tahu bagaimana caranya? Terus ikuti artikel ini.
Resepi Nasi Goreng Cili Kering
Resepi oleh: Wan LuQman
Bahan-bahan
- Nasi sejuk
- Sotong/ayam
- Cili kering (Direbus)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Udang kering
- Ikan Bilis
- Sayur kacang panjang
- Cili Padi
- Garam
- Gula
Cara-cara
- Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi, ikan bilis, dan udang kering sehingga garing.
2. Gorengkan cili kering sehingga garing. Kemudian, tumbuk kesemua bahan goreng tadi dengan menggunakan lesung batu.
3. Masukkan sotong atau isi ayam ikut citarasa Mama sekeluarga. Jangan lupa untuk masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kemudian, masukkan nasi sejuk dan kacau sebati.
5. Masukkan kacang panjang ke dalam nasi tadi dan kacau sehingga sayur tersebut masak.
6. Selepas berpuas hati dengan rasa dan tekstur nasi goreng cili kering yang dimasak, boleh pindahkan ke dalam pinggan.
Tips Resepi Nasi Goreng Cili Kering
- Pelbagaikan lagi bahan masakkan dengan menambah telur selepas menumis bahan tumbuk.
- Kalau Mama suka sayur dalam menu nasi goreng, boleh masukkan selepas nasi sejuk digaul dalam kuali ya.
- Nak kombinasi lebih nikmat? Makan bersama-sama dengan telur mata dan keropok keping yang telah digoreng.
Rahsia nasi goreng cili kering yang enak ialah apabila menggunakan cili kering yang ditumbuk. Kalau Mama ikut teknik ini, barulah nampak kepingan kasar cili kering dalam nasi goreng yang dimasak itu.
Selamat menjamu selera!
Jom cuba resepi yang lain di SINI.