Nasi Butter tu macam mana? Kenapa macam sedap je tengok orang makan dalam video ni?
Kalau nak tahu, itulah ayat yang keluar dari mulut Mama Siti masa mula-mula tahu pasal Nasi Butter.
Rupa-rupanya Nasi Butter ni nasi yang dimasak dengan mentega bersama sedikit bahan tumisan. Nak kata macam nasi ayam, ada lah sikit. Tapi masih ada beza juga.
Kalau Mama pun masih keliru macam mana nasi butter ni, jom tengok resepi nasi butter yang Mama Siti nak kongsikan ni. Lepastu Mama sendiri cuba buat dan rasa. Anak-anak pun suka tau! Haa, barulah tahu keunikan Resepi Nasi Butter.
Resepi Nasi Butter
Resepi oleh: Nurhafizah Mazlan
Bahan-Bahan
- Beras
- Mentega (Butter)
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Halia
- Serbuk Pati Ayam
- Susu Segar
Cara-Cara
1. Tumiskan mentega, bawang merah, bawang putih dan halia dalam kuali panas.
2. Seterusnya masukkan satu sudu besar serbuk pati ayam.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan gorengkan dalam lebih kurang tiga minit.
4. Selepas itu, pindahkan beras ke dalam periuk nasi. Seterusnya, masukkan susu segar mengikut sukatan air beras macam biasa.
5. Masak nasi dalam periuk dan tunggu sampai nasi masak.
6. Alhamdulillah nasi kita dah siap. Boleh hidangkan dekat keluarga kan.
Jadi, macam mana Mama? Rasanya okay atau tak okay?
Mama Siti suka Nasi Butter ni. Rasa lemak-lemak masin tu yang buat tambah nasi berkali-kali tau!
Rasa lemak daripada susu dan masin dari mentega tu memang panduan yang sempurna kan. Kalau ada Nasi Butter, masak lauk ringkas pun boleh tambah selera.
Macam lauk sotong masak kicap ni. Makan dengan nasi butter. Memang sepadan lah perpaduan rasanya tu. elok sangat kalau kita masak sekali.
Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain seperti yang dikongsikan DI SINI.
Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!