Resepi nasi ayam hainan yang Mama Siti kongsikan pada kali ini merupakan menu yang menjadi kegemaran masyarakat cina. Berbeza dengan nasi ayam masakan melayu, resepi nasi ayam hainan ini warna ayamnya adalah cerah dan rasanya juga sangat berlainan.
Walaupun berbeza, tetapi percayalah hanya dengan sekali suapan sahaja Mama sekeluarga pasti jatuh cinta dengan keunikan rasanya.
Apa yang penting, selain rasa yang sedap menu ini juga merupakan antara salah satu makanan yang seimbang kerana cara penyediaannya dan juga dihidangkan bersama dengan ulam dan sayuran.
Tanpa melengahkan masa, jom lihat bagaimanakah cara penyediaannya!
Resepi Nasi Ayam Hainan
Cara Sediakan Sup
Bahan rebusan ayam:
- 1 ekor ayam
- 1 pokok daun bawang bersaiz besar
- 2 kiub ayam
- 10 cawan air
- 3 hirisan halia
- 2 sudu kecil minyak bijan
- Garam
Cara-cara masak:
#1. Masukkan 10 cawan air, kiub pati ayam, halia, dan daun bawang ke dalam sebuah periuk yang besar. Biar ia mendidih.
#2. Bersihkan ayam, kemudian lumurkan ia dengan garam dan masukkan ayam ke dalam periuk tadi sehingga ayam tenggelam.
Masak menggunakan api sederhana lebih kurang 40 minit dan buang buih yang terapung. Padamkan api dan biar ayam selama 20 minit didalam periuk yang ditutup.
#3. Selepas itu angkat ayam dan potong ayam serta buang tulangnya, kemudian sapukan ayam dengan minyak bijan.
Cara-cara Memasak Nasi
- 4 cawan beras
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 3 biji bawang putih
- 1 kiub pati ayam
- Garam
- Air rebusan ayam
Cara-cara masak:
#1. Masukkan kulit ayam bersama satu sudu besar minyak masak ke dalam periuk, dan biarkan kulitnya masak sehingga keperangan.
#2. Kemudian masukkan satu sudu kecil minyak bijan dan tiga biji bawang putih yang telah dicincang halus dan masak sehingga kekuningan dan berbau wangi.
#3. Selepas itu, masukkan beras yang telah dibersihkan dan ditos terlebih dahulu, gaul beras hingga sebati dengan minyak tadi.
#4. Seterusnya, masukkan air rebusan ayam secukupnya. Masukkan kiub ayam.
#6. Biarkan nasi masak dengan sempurna seperti biasa.
Cara Membuat Sos Soya
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan soya sos
- 3 sudu besar stok ayam
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil minyak bijan
Cara-cara masak:
#1. Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul sehingga sebati. Ketepikan.
Cara Menyediakan Sos Cili
Bahan-bahan:
- 5 tangkai cili merah
- 6 tangkai cili padi
- 7 biji limau kasturi (diambil jus)
- 1 sudu kecil garam
- 3 sudu kecil gula
- 1/2 cawan stok ayam
- 25 gram halia
- 1 labu bawang putih
Cara-cara masak:
#1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat. Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan.
Cara masak sup ayam:
#1. Gunakan baki air rebusan ayam tadi.
#2. Masukkan ke dalam mangkuk, kemudian taburkan sedikit bawang goreng dan daun bawang. Akhir sekali hidangkan nasi ayam bersama kesemua bahan yang telah Mama sediakan tadi.
Tips/Petua Masak Resepi Nasi Ayam Hainan
- Air rebusan ayam digunakan untuk memasak nasi dan dijadikan kuah sup semasa menghidang.
Menu nasi ayam hainan pasti menjadi kegemaran buat Mama seisi keluarga. Semoga dengan adanya panduan menu cara untuk menyediakan nasi ayam hainan ini juga, Mama lebih bersemangat untuk memasaknya.
Selain resepi ini, Mama juga boleh cuba memasak resepi nasi arab bukhari ayam atau pun resepi nasi ayam original atau lihat pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!