KelabMama

Resepi Muffin Cip Coklat Menggunakan Air Fryer: Rahsia Untuk Memilih Chocolate Chips Yang Terbaik

Mengidam untuk snek yang kecil, ataupun pening fikirkan hidangan yang sesuai untuk dibawa ke potluck atau picnic? Mama Siti ada idea untuk Mama!

Resepi air fryer kali ini adalah Resepi Muffin Cip Coklat. Caranya sangat mudah dan siapa yang tak suka coklat kan?

Sedapnya Muffin Ini!

Buah-buah kering dan kekacang boleh ditambah pada adunan muffin Mama. Ataupun Mama boleh biarkan kekacang dalam ketulan yang besar supaya ia dapat menambah tekstur pada adunan, atau cincangkannya dengan halus agar kacang lebih sekata.

Kredit gambar: Taman DIY

Untuk lebih fun, Mama juga boleh tambahkan jem, peanut butter, Nutella ataupun karamel ke dalam adunan. Wow! Mesti sedap!

Selain itu, jika Mama mahu capai tekstur muffin yang gebu dan ringan, Mama boleh follow tips ini:

Keluarkan telur, mentega dan susu daripada peti ais dan biarkan bahan-bahan ini berada pada suhu bilik. Ini boleh membantu bahan-bahan ini untuk membentuk aduan yang smooth dan memerangkap udara serta mengembang apabila di masak di dalam Air Fryer.

Chocolate Chips Separa Manis?

Kredit gambar: Pure Wow

Dengan peratusan kakao 40–70% dan nisbah gula kepada koko yang lebih rendah, chocolate chips separa manis kekal sebagai pilihan utama untuk baking. Ia akan menyerlahkan adunan dan bentuknya akan kekal setelah dimasak di dalam Air Fryer.

Sebelum itu, mari kita lihat dulu senarai chocolate chips yang sedap untuk digabungkan dengan muffin coklat Mama! Jenama-jenama ini terkenal dengan menggunakan coklat mereka dalam masakan. Tahukah Mama, coklat yang kita biasa makan dan coklat memasak adalah lain?

Chocolate chips ini pasti menyedapkan lagi muffin coklat Air Fryer Mama!

Petua Untuk Muffin Perfect!

Untuk mendapatkan muffin yang lebih lembut serta gebu, Mama boleh cuba petua ini!

Sekarang Mama sudah tahu apa yang diperlukan untuk membuat muffin Cip Coklat yang lazat dengan hanya menggunakan Air Fryer sahaja! Resepi ini adalah untuk dihidang bagi 4 orang, tapi kalau Mama nak buat lebih, silakan!

Selamat mencuba!

Resepi Muffin Cip Coklat Menggunakan Air Fryer

Kredit gambar: Once upon a chef

Bahan Memasak

Mama jangan risau, Mama Siti sudah bahagikan bahan-bahan untuk memasak muffin ini. Mudah sahaja untuk follow! Terdapat bahan A (bahan kering) dan juga bahan B (bahan basah). Untuk bahan A, kita harus ayak bahan-bahan ini selama 2 kali kecuali gula dan garam. Selepas itu, Mama boleh sambung ke langkah seterusnya.

Bahan-Bahan A

Bahan-Bahan B

Cara Memasak

Kredit gambar: Once upon a chef
  1. Pertama sekali, gaul sebati tepung yang diayak bersama gula dan garam.
  2. Kemudian, kacau sebati telur dengan esen vanilla di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan susu segar, minyak dan kacau sebati.
  4. Tuangkan ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin dan taburkan chocolate chips ke dalamnya.
  6. Panaskan Air Fryer pada suhu 150°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  7. Seterusnya, masukkan acuan muffin ke dalam Air Fryer dan bakar selama 30 minit.
  8. Akhir sekali, keluarkan dan sedia untuk dihidangkan.