KelabMama

Khas Buat Mama Yang Sweet Tooth! Resepi Muffin Buah-Buahan Menggunakan Air Fryer

Adakah Mama mengidam makanan manis seperti kek dan coklat? Teringin kek buah yang sesuai untuk dijamah bersama teh dan kopi? Jom cuba resepi Muffin Buah-buahan ini!

Sebelum kita memulakan resepi ini, mari kita lihat terlebih dahulu apa sebenarnya muffin buah-buahan dan adakah ia seperti kek buah-buahan yang kita selalu makan tu?

Jom kita baca!

Apa Itu Mix Fruits?

Kredit gambar: Yummy Today

Apa yang sebenarnya terdapat dalam mix fruits ini? Ia adalah gabungan buah-buahan kering campuran seperti campuran kismis, sultana, kulit oren, dan manisan limau.

Mungkin Mama mahu letakkan kepingan buah yang lebih besar atau mahu menggunakan buah segar tetapi buah yang lebih berat daripada adunan boleh mengakibatkan mereka tenggelam ke bahagian bawah semasa ia dimasak. Sebab itulah, potong kepingan buah yang lebih besar seperti strawberi dan nanas kepada kepingan yang lebih kecil sebelum dimasukkan ke dalam adunan.

Kemudian, untuk gabungkan mix fruit dan adunan, Mama hanya perlu toskan buah ke dalam mangkuk kecil dengan senduk kecil bersalut tepung dan masukkan buah yang telah ditos ke dalam adunan muffin dan teruskan ke langkah lain seperti biasa. Sedikit salutan tepung membantu buah ‘melekat’ pada adunan kek dengan lebih baik dan untuk mengelakkan daripada buah tersebut ‘tenggelam’ ke bahagian bawah.

Mama juga boleh cuba jenama mix fruits seperti Dr Oetker Nona Mix Fruits dan Buah Campuran Meriah untuk digabungkan dengan resepi ini.

Kalau Muffin Rapuh Macam Mana?

Alamak, muffin buah I buat ni jadi rapuh la. Tak best la nak makan macam ni.

Apa yang penting adalah, sebelum itu, Mama perlu sukat bahan-bahan dengan betul, supaya dapat keseimbangan buah yang cukup untuk adunan muffin. Terlalu banyak buah berbanding adunan akan menyebabkan adunan tidak cukup untuk menampung kesemuanya.

Kredit gambar: Once upon a chef

Haa, senang je resepi ini untuk dinikmati bersama orang yang tersayang. Mama boleh menikmati muffin buah-buahan ini sewaktu minum petang ataupun sebagai pencuci mulut selepas makan. Resepi ini adalah untuk hidangan 2 orang sahaja, tapi kalau Mama nak buat lebih, apa salahnya!

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! Berikut adalah Resepi Muffin Buah-Buahan dengan Menggunakan Air Fryer.

Resepi Muffin Buah-Buahan Menggunakan Air Fryer

Kredit gambar: Taste of home

Bahan Memasak

Seperti biasa, bahan-bahan ini dibahagikan kepada dua. Mama jangan risau, orang yang tidak pernah masak pun boleh follow! Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-Bahan A

Bahan-Bahan B

Cara Memasak

  1. Pertama sekali, ayak tepung gandum dan baking powedr ke dalam mangkuk besar.
  2. Kemudian, masukkan gula kastor dan mix fruits. Gaul rata.
  3. Pukul sebati, telur dan esen vanilla.
  4. Seterusnya, masukkan telur, minyak jagung dan susu segar ke dalam bahan A. Kemudian, kacau sebati dengan senduk kayu.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin.
  6. Panaskan Air Fryer pada suhu 150°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  7. Seterusnya, masukkan acuan muffin ke dalam Air Fryer dan bakar selama 30 minit.
  8. Langkah terakhir adalah keluarkan dan sedia untuk dihidangkan.