Adakah Mama sedang mencari resepi yang rendah kalori dan sesuai untuk diet keto? Mission accomplished! Kini, Mama boleh cuba resepi muffin ayam ini yang hanya menggunakan Air Fryer sahaja! Cepat, pantas dan mudah!
Sebelum itu, mari kita lihat dulu perbezaan antara cupcake dengan muffin. Dan tips tambahan untuk masaknya dengan sempurna. Haaa, mari kita baca!
Cupcake vs Muffin
Dari sudut pemakan, muffin hanyalah cupcake dengan tekstur yang lebih pejal. Tetapi dari sudut pembuat kek, sebahagian daripada itu adalah benar.
Adunan cupcake yang kurang sebati atau terlalu sebati tidak akan membawa kepada hasil akhir yang elok. Betul, kadang-kadang tekstur cupcake bukan yang Mama idamkan tetapi ia masih boleh dimakan dan rasanya pun masih sedap.
Untuk muffin pula, Mama tidak boleh membuat kesilapan dalam proses adunannya. Ini adalah kerana adunan muffin terlalu banyak, ia akan menjadi terlalu keras untuk dimakan. Jika dicampurkan dengan sedikit sahaja, muffin tersebut tidak akan naik dengan sempurna. Ia akan menjadi rata dan tidak membentuk seperti bukit kecil.
Kelazatan Muffin Ayam
Mama tahu tak, muffin ayam yang rendah karbohidrat dan padat dengan protein ini sangat mudah untuk dibuat. Bahan-bahan yang digunakan pun ringkas dan datang dengan pelbagai variasi.
Mula-mula, gunakan mangkuk yang cukup besar untuk campurkan kesemua bahan dan ayam yang Mama akan gunakan. Sebaiknya guna lebihan ayam dan racikkan isinya atau potong dadu.
Jika Mama menggunakan dada ayam, pastikan ia dimasak dan dicencang kecil. Ini adalah untuk memudahkan proses memasak nanti.
Jangan risau, Mama boleh membuat muffin ini tidak kira saiz besar atau kecil. Tetapi jangan untuk melaraskan masa memasak kerana masa memasak mungkin berubah bergantung pada saiz muffin yang Mama ingin sediakan.
Selain itu, Mama boleh improvise resepi ini dengan bahan-bahan lain seperti sayuran yang telah dicencang, sos, perasa, keju, daging, dan sebagainya.
Okay, sekarang, jom kita lihat resepi untuk membuat Muffin Ayam dengan menggunakan air fryer ini.
Resepi Muffin Ayam Menggunakan Air Fryer
- Masa Penyediaan: 15 minit
- Masa Memasak: 3+40 minit
- Hidangan: 3 orang
Bahan Memasak
- 150 gram isi ayam (dipotong dadu kecil)
- 1 ulas bawang putih (dicencang halus)
- Sedikit garam
- 2 biji telur
- 200 gram tepung gandum (diayak)
- 1 sudu makan baking powder (diayak)
- 150 mililiter minyak jagung
- 100 mililiter susu cair
- 1 sudu makan gula kastor
- 100 gram jagung hiris
- 100 gram keju cheddar (diparut)
- 1 pokok daun bawang (dihiris halus)
- Acuan muffin secukupnya
Cara Memasak
- Pertama sekali, panaskan Air Fryer pada suhu 200°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
- Kemudian, gaulkan ayam dengan bawang putih dan garam.
- Seterusnya, masukkan ayam ke dalam Air Fryer dan masak selama 10 minit.
- Selepas itu, pukulkan telur dan garam dengan garfu.
- Masukkan semua bahan kecuali acuan muffin ke dalam mangkuk besar dan kacau sebati dengan senduk kayu.
- Kemudian, masukkan adunan yang telah dikacau ke dalam acuan muffin.
- Susun acuan muffin ke dalam Air Fryer dan bakar pada suhu 140°C selama 30 minit.
- Keluarkan dan muffin ayam Mama sedia untuk dihidang!
Eh, macam mana ni? Luar dah masak, tapi bahagian tengah ni macam kurang masak je?
Apa Yang Mama Boleh Lakukan:
Jika muffin Mama kurang masak pada bahagian tengah, ia mungkin disebabkan oleh air fryer Mama terlalu panas. Tak semua air fryer adalah sama ye Mama. Kadangkala, Mama perlu mengurangkan suhu pada air fryer walaupun ia tidak seperti yang dicadangkan oleh resepi tersebut.
Selain itu, ia mungkin juga disebabkan oleh acuan muffin diletakkan terlalu dekat dengan bahagian atas air fryer Mama. Jadi, Mama boleh kurangkan kuantiti acuan muffin yang dimasukkan bagi setiap penyediaan.
Untuk mengelakkan muffin menjadi gelap terlalu cepat, pastikan Mama tidak membuatnya dalam saiz yang terlalu besar supaya ada ruang untuk membakar dengan sempurna.
Senang sahaja kan? Mama Siti harap tips-tips ini dapat membantu Mama untuk cuba resepi ini! Selamat mencuba!