Produk tenusu adalah antara penghasilan makanan yang paling penting dan sering menjadi pelengkap bagi pelbagai resepi. Komposisi yang teguh dan jenis-jenis mikroorganisma yang boleh tumbuh dalam susu dapat diolah kepada pelbagai bentuk dan mengubah tekstur, warna, rasa dan bau produk tenusu.
Dari masa ke masa, jenis mikroorganisma yang boleh menimbulkan produk tertentu telah dikenal pasti, dicirikan, dan pelbagai resepi dicipta.
Asid laktik membantu meningkatkan keasidan, menggumpal protein, dan menghalang pertumbuhan organisma yang tidak diingini. Kepelbagaian produk tenusu adalah hasil daripada pelbagai jenis susu yang digunakan, mikroorganisma, dan jenis proses yang digunakan.
Kebanyakan produk tenusu boleh didapati di kebanyakan kedai dan pasaraya dalam kadar harga sederhana dan ada juga yang lebih dari biasa. Namun sedar atau tidak produk tenusu boleh dibuat dengan sendiri tanpa teknologi atau cara-cara yang susah.
Berikut adalah beberapa resepi mudah yang menggunakan produk tenusu:
5 Resepi Produk Tenusu
Mentega
Mentega merupakan salah satu bahan masakan yang mudah, pelbagai guna, dan lazat. Seperti produk tenusu yang lain mentega mempunyai pelbagai variasi sendiri.
Mentega digunakan sebagai bahan dalam pelbagai jenis masakan, disapu diatas roti bakar, pengganti minyak masak.
Bahan-bahan
- 250ml Whipped cream/Thickened cream/Heavy Cream (pastikan tertulis pada kotak, contains 35% milk fat)
- Ais sejuk campur air batu
- Garam
- Parsley flake – option
- Garlic – option
Cara-cara
- Pukul menggunakan mixer whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju. Pukul hingga susu terpisah dari pada air.
- Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk. Boleh guna untuk membuat benda lain pula.
- Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau mentega hingga menjadi kental dan bulat. Buat begini dua ke tiga kali sehinga air yang di tuang tadi menjadi hampir jernih.
- Boleh juga anda olah dengan meletakkan bawang putih, atau pelabagai jenis herba dan rempah mengikut citarasa anda.
Anda sudah boleh menggunakan mentega anda diatas roti atau apa-apa sahaja mengikut selera anda.
Resepi: Rasa.my
Keju Mozzarella
Keju Mozzarella juga merupakan salah satu bahan “kegilaan” dalam pengolahan makanan. Malah makanan tradisional seperti pisang goreng pun diletakkan keju mozzarella dan dinamakan “Pisang goreng viral”.
Lucu, namun, ia menunjukkan impak keju mozzarella dalam industri makanan. Peminat keju terdiri daripada lapisan umur dan golongan yang pelbagai, dan kerana itu ianya seakan-akan menjadi “shortcut” yang mudah, murah, dan menarik dalam penyediaan makanan.
Bahan-Bahan
- 300ml susu full-cream
- 180gm keju cheddar
- 2 sudu makan tepung ubi
Cara-Cara
- Campurkan susu dengan tepung ubi dan kacau rata di dalam periuk.
- Rata dan panaskan di atas api sekecil mungkin sambil kacau menggunakan wisk untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.
- Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan supaya tidak bergentel.
- Setelah habis masukkan keju dan terus kacau hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit).
- Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
- Tuang adunankeju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer.
- Bila sudah keras keluarkan dan potong ikut saiz yang ada suka dan boleh terus digunakan terus dalam masakan seperti lasagna atau pizza.
Resepi: Rasa.my
Aiskrim Vanilla
Aiskrim vanilla, antara perisa aiskrim yang paling terkenal, juga digunakan dalam pelbagai cara. Sebagai bahan utama atau hiasan, rasa manis dan bau vanilla yang wangi menjadikan ianya antara dessert paling terkenal.
Bahan-Bahan
- 1 tin susu cair
- 2 sudu makan susu pekat @ ikut kemanisan yang disukai
- 1 penutup esen vanilla
- 2 sudu makan ovalette
Cara-Cara
- Satukan semua bahan dalam bekas.
- Kisar @ pukul bahan-bahan tadi selama 5-10 minit sehingga kembang adunannya. Jika tiada mesin pengadun (mixer), boleh guna blender sahaja.
- Tuang adunan tadi ke dalam bekas yang bersesuaian.
- Tutup bekas dan bekukan aiskrim dalam peti sejuk beku.
- Nota:-
- Resepi ini menggunakan 2 tin susu cair bersamaan 2 bekas aiskrim. Jika nak buat lebih banyak, gandakan bahan-bahannya sahaja.
- Resipi ini adalah asas untuk aiskrim vanilla. Jika suka atau ingin buat aiskrim berperisa lain, boleh masukkan apa sahaja perisa yang digemari seperti coklat, oreo, jagung dan bermacam-macam lagi.
Resepi: Rasa.my
Coklat Susu
Bahan-Bahan
- Mentega Koko/Kakao – Anda boleh menggunakan minyak kelapa seperti yang biasa dilakukan dalam resipi coklat yang lain, tetapi mentega koko akan menjadikan coklat rasa lebih baik.
- Susu Tepung Fullcream – JANGAN gunakan susu kotak. Air di dalamnya akan merosakkan coklat.
- Serbuk koko – Gunakan serbuk koko tanpa gula, seperti jenama Hershey.
- Gula tepung – Juga dikenali sebagai gula aising atau gula manisan.
Cara-Cara
- Menggunakan kaedah double boil cairkan cacao/cocoa butter atau minyak kelapa.
- Setelah cair, perlahankan api ke paras medium-low dan kacau sehingga larut.
- Setelah larut, matikan api dan masukkan susu tepung full-cream sehingga ia betul-betul sebati.
- Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sehingga ia sebati mengikut tahap kemanisan yang anda inginkan.
- Terus kacau selama 5-Minit setelah api dimatikan dan bahan telah sebati.
- Angkat mangkuk daripada periuk double boiler dan terus kacau selama 5 minit lagi.
- Tuangkan kedalam loyang dan biara sejuk di suhu bilik selama 30 minit.
- Sejukkan pula dalam peti ais selama 30 minit dan sedia untuk dinikmati.
Resepi: InTheKitchenWithMatt
Dadih
Bahan-Bahan
- 10gm serbuk agar-agar
- 1550 ml air
- 1 1/2 cawan gula
- 200 gm susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- (Bahan perasa mengikut citarasa); Jagung, Pandan, Rose dan sebagainya.
Cara-Cara
- Didihkan air bersama serbuk agar-agar sehingga ia larut.
- Masukkan gula dan masak sehingga semuanya larut.
- Masukkan susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebelum padamkan api.
- Bahagikan adunan dadih kepada 2 ke 3 bahagian.
- Masukkan perasa yang digemari dan kacau sebati.
- Tuang ke dalam bekas dadih dan sejukkan.
- Nota Tambahan:
- Untuk mendapatkan permukaan dadih yang licin, selepas masukkan susu cair dan susu pekat, perlahankan api dan biarkan ia mendidih.
- Tuang dengan perlahan ke dalam bekas supaya dadih tidak menjadi buih pada permukaan.
Resepi: MStar
Untuk lebih resepi menarik yang lain, klik SINI.