KelabMama

Resepi Mirepoix Pembuka Selera Anak-Anak

Mama papa di luar sana pernah dengar tak pasal mirepoix? Mesti macam pernah dengar kan? Untuk mama papa yang macam blur-blur apa itu mirepoix, meh sini Mama Siti nak bagitahu. Resepi Mirepoix adalah sejenis hidangan atau pes yang berfungsi sebagai penyedap makanan.

Berbelit lidah nak sebut? Ini cara sebutan yang betul “meer-PWAH”. Mirepoix ni sesuai untuk anak-anak yang susah dan liat bila tiba waktu makan. Resepi Mirepoix juga bukan setakat mengenyangkan, ia juga sangat berkhasiat untuk si manja.

Ada pelbagai jenis resepi Mirepoix mengikut negara masing-masing. Sebagai contoh, Spanish Sofrito merupakan variasi resepi Mirepoix yang datang daripada negara Sepanyol. Ia menggunakan tomato, bawang besar dan bawang putih sesuai untuk masakan yang berasaskan tomato.

Pada kali ini, Mama Siti akan berkongsi cara untuk membuat Mirepoix yang paling mudah. Resepi ni sesuai untuk bayi yang dah berusia lebih 7 bulan dan sudah melepasi 4 Days Rule untuk memastikan bayi tak ada sebarang alergi.

Bahan-bahan Resepi Mirepoix:

Foto kredit: Adobe Stock
  1. Bawang holland (Holland Onion)
  2. Lobak merah (Carrot)
  3. Saderi (Celery)
  4. Mentega (Butter)

Cara-cara buat resepi Mirepoix:

Foto kredit: Adobe Stock
  1. Potong kasar bawang holland, lobak merah dan saderi dengan nisbah 2:1:1. Semakin kecil saiz potongan sayur, semakin kurang masa masakan. Pastikan mama memotong sayur dalam saiz yang sama supaya semua bahan masak dalam waktu yang sama. 
  2. Cairkan mentega dan tumiskan ke semua bahan sehingga kekuningan dengan api yang kecil. Proses menumis tak perlu mengambil masa yang lama kerana kita hanya ingin mengeluarkan aroma bahan-bahan itu tadi sahaja. Sejukkan seketika.
  3. Kisarkan bahan tumisan itu tadi dan masukkan ke dalam bekas seperti ice tray dan simpan ke dalam freezer untuk kegunaan di lain hari.
Foto kredit: threemanycooks

Siap! Mudahkan cara untuk membuat mirepoix ni? Hanya 3 bahan sahaja yang diperlukan untuk menambahkan selera anak-anak semua. 

Cadangan hidangan untuk masak bersama mirepoix

Ada pelbagai cara untuk masak bersama dengan mirepoix. Antaranya adalah:

  1. Bubur ayam
  2. Sup ikan
  3. Nasi ayam
  4. Spaghetti bolognese
  5. Nasi jagung

Mirepoix ni bukan je boleh jadi bahan asas untuk masakan makanan bayi. Ia juga sedap untuk masakan orang dewasa tau. 

Khasiat Mirepoix

Selamat mencuba!

BACA JUGA RESEPI BAYI 7 BULAN KE ATAS UNTUK MAMA CUBA!

Pesan Mama Siti

Biarpun anak kita ni memilih makanan atau ‘picky eater’, tak salah kita cuba pelbagai resepi untuk ‘pikat selera anak. Salah satunya adalah dengan penyedap makanan seperti Mirepoix dan CFS (chicken feet stock) / CBB (chicken bone broth). Selain dari menambah selera si anak, penyedap makanan ni juga berkhasiat bukan untuk anak je malas seisi keluarga tau!