KelabMama

5 Resepi Minuman Tambahkan Susu Badan (Lain Daripada Yang Lain) Yang Disahkan Pakar Pemakanan

Minuman Sihat untuk Menambahkan Susu Badan Mama

Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh Pakar Pemakanan, Puan Mardhiah Mat Din, dari Hospital Columbia Asia – Puchong.

Pakar Pemakanan, Puan Mardhiah Mat Din, dari Hospital Columbia Asia – Puchong.

Mama mesti risau apabila susu badan semakin berkurangan dan ini boleh membawa kepada tekanan, terutamanya bagi mereka yang baru sahaja melahirkan anak.

Dalam membekalkan susu, Mama memerlukan nutrien yang mencukupi untuk memastikan pengeluaran susu yang optimum. Dan ini boleh diperoleh melalui makanan atau minuman tambahkan susu badan.

Mama Siti ada kongsikan beberapa resepi minuman tambahkan susu badan dan satu menu khas untuk Mama cuba. Amalkan setiap hari dan lihat bagaimana ia boleh boost susu badan Mama.

Resepi Minuman Untuk Tambahkan Susu Badan Mama

1. Smoothie Rempah Labu

Kredit Gambar: Mama Thrive

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Mama masukkan semua bahan dalam pengisar.
  2. Kisar sehingga berkrim dan licin.
  3. Teratas dengan krim putar kelapa dan walnut hancur.

Nota: Untuk lebih cepat, Mama juga boleh gantikan beberapa bahan-bahan di atas dengan 1 – 1½ sudu teh rempah pai labu.

Resepi: Mama Thrive

2. Barli Susu Kurma

Bahan-bahan

Cara Penyedian:

  1. Mama basuh dahulu barli dan biarkan kering selepas itu Mama boleh kisarkan.
  2. Kisar barli sehingga Mama dapatkan texture barli yang halus.
  3. Masukkan susu dan campurkan 2 sudu besar serbuk barli dalam periuk kecil.
  4. Mama masak dengan api yang sederhana.
  5. Kacau sampai barli dah kembang dan terus masukkan kurma yang telah dikopek.
  6. Mama lenyek-lenyekkan sikit dekat kurma supaya dapat keluarkan rasa kurma kedalam susu.
  7. Bila susu barli Mama dah kembang, tuang ke dalam gelas dan tambahkan fresh milk pula.

Nota: Mama yang berpantang sesuai minum ketika ia masih suam dan Mama yang telah habis pantang nak minum sejuk boleh tambahkan sedikit ais.

Resepi: nayangbeautycarecenter

3. Teh Longan dengan Kurma Merah

Kredit Gambar: The Social Nomad

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Semasa air mendidih, rendam kurma merah dan longan.
  3. Rebus dalam api sederhana selama 20 minit.
  4. Masukkan gula merah dan kacau seketika. Dan kemudian, tutup api.
  5. Mama boleh menghidangkannya sama ada panas atau sejuk.

Resepi: Story Motherhood

4. Smoothie Halia Betik

Kredit Gambar: Zesty South Indian Kitchen

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam Kisarkan.
  2. Tuangkan ke dalam balang smoothie. Siap untuk dinikmati.

Nota: Mama boleh bekukan dulu buah kalau Mama suka.

Resepi: Story Motherhood

5. Teh Ais Malunggay

Kredit Gambar: YULU TOYS

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

  1. Dalam kuali leper, tuangkan gula perang dan air.
  2. Didihkan adunan, dan renehkan sehingga bertukar menjadi sirap.Ketepikan.
  3. Dalam periuk berasingan, tuangkan tiga cawan air, dan daun malunggay yang telah dibasuh.
  4. Didihkan, dan reneh selama kira-kira tiga minit.
  5. Sejukkan seketika, dan kemudian tapis ke dalam balang kaca atau periuk.
  6. Tambah satu sudu sirap setiap gelas atau laraskan mengikut citarasa sendiri. Mama pun boleh guna madu tulen kalau nak.
  7. Jika suka, Mama juga boleh menambah perahan limau nipis atau calamansi, bergantung pada citarasa Mama.
  8. Mama boleh tuang dalam gelas dan hidangkan!

Nota: Kalau Mama tak nak letak ais tapi nak sejuk, boleh letak dalam peti ais sekejap sebelum minum. Kalau Mama pengemar jus segar boleh terus kisarkan daun malunggay tanpa campur apa-apa bahan pun tiada masalah.

Resepi: Story Motherhood

6. Oat Buah

Nah bonus resepi untuk Mama! Sebagai makanan tambahan kepada Mama dan boleh juga dianggap menu express lagi berkhasiat. Resepinya mudah je untuk Mama buat. Boleh dijadikan sebagai breakfast, supper atau snek sihat.

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

  1. Mama campurkan semua bahan dan bahan tambah pilihan Mama ke dalam balang.
  2. Kacau hingga sebati.
  3. Tutup dengan penutup dan sejukkan semalaman.

Nota: Mama boleh tambahkan oat dengan susu, buah-buahan segar, kacang tanah dan pemanis mengikut pilihan Mama.

Resepi: Crystal Karges Nutrition

Tips Tambahan untuk Mama

Minuman-minuman ini bukan sahaja membantu menambahkan pengeluaran susu badan Mama, tetapi juga memberi tenaga dan nutrien tambahan kepada Mama untuk terus menyusu.

Selamat mencuba!


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Mama dah buntu nak masak apa? Klik di SINI.