KelabMama

5 Resepi Mi & Pasta Yang Pasti ‘Kena’ Dengan Tekak Melayu

“Hari ini kita buka lain sikit nak? Kita masak mi atau pasta.”

Pernah tak teringin nak makan sesuatu yang lain dari biasa. Kadang-kadang lidah ni teringin juga nak rasa mi atau pasta. Jadi, apa kata kali ini kita cuba masak resepi mi dan pasta ini sebagai salah satu juadah berbuka.

Mama atau anak-anak Mama suka jenis hidangan yang macam mana? Kalau Mama Siti suka mi yang berkuah, untuk pasta pula, kalau ada rasa pedas-pedas tu memang syok lah. 

Siapa sama macam Mama Siti, ‘high five’ sikit!

Kali ini, Mama Siti nak kongsikan 5 resepi mi dan pasta yang mudah, sedap dan paling penting kena dengan tekak Melayu kita ni. 

Resepi Mi & Pasta Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari

MENU 1: Spaghetti Goreng Cili Padi

Resepi oleh: Adikfoods

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Potong isi ayam dan daging seperti bentuk dadu dan mengikut citarasa.
  1. Goreng hingga keperangan dan ketepikan dahulu.
  1. Tumis cili padi dan bawang putih yang telah dikisar.
  1. Setelah naik minyak, masukkan gula perang dan garam serta air rebusan pasta.
  1. Masukkan pula spaghetti, dan daging yang telah digoreng tadi serta daun kucai.
  1. Tambahkan air jika kering.
  1. Spaghetti Goreng Cili Padi siap dihidangkan!

Tips:

MENU 2: Spaghetti Aglio Olio

Resepi oleh: Buat Orang Lapo

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Rebus spaghetti dan toskan serta jangan lupa untuk tambahkan sedikit minyak ketika merebus.
  1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
  1. Masukkan cili kering dan gaulkan.
  1. Tambahkan udang dan tambahkan sedikit air. Tunggu sehingga udang masak.
  1. Masukkan spaghetti, garam, chili flakes, serbuk lada hitam dan serbuk oregano dan kacau merata.
  1. Masukkan daun parsley dan tomato ceri. Kacau sebentar dan tutup api.
  1. Taburkan keju parmesan dan siap dihidangkan. Cara lain ialah Mama boleh taburkan keju selepas dah letak dalam pinggan. 

Tips

MENU 3: Makaroni Bakar Cheese Leleh

Resepi oleh: Resepi Che Nom

Buat makaroni bakar ini banyak langkah-langkahnya. Tapi jangan risau sebab setiap usaha kita laburkan dalam penyediaan menu ini sangatlah berbaloi. Oleh sebab ada dua sos yang perlu disediakan, jadi Mama Siti bahagikan bahan-bahan kepada 2 bahagian ya.

Bahan-bahan

BAHAN-BAHAN SOS BOLOGNESE

BAHAN-BAHAN SOS PUTIH

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN

Cara Memasak Sos Bolognese

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland apabila telah layu masukkan bawang putih.
  1. Tambahkan daging kisar, daging burger dan serbuk lada hitam. Masak sehingga air daging sedikit kering.
  1. Apabila air daging mulai kering, masukkan lobak merah, tomato dan capsicum.
  1. Masukkan puri tomato, sos pasta tomato dan sedikit air rebusan pasta.
  1. Tiba masa untuk herba Itali/oregano, ‘chili flakes’ dan cendawan.
  1. Tuangkan susu penuh krim dan tutupkan api.
  2. Masukkan makaroni yang telah direbus dan gaulkan bersama dengan kuah bolognese tadi.

Cara Memasak Sos Putih

  1. Cairkan mentega terlebih dahulu dan masukkan tepung gandum.
  1. Kacau hingga sebati lalu tambahkan susu penuh krim (full cream). Masak dengan api perlahan dan kacau sampai pekat.
  1. Sampai masa untuk masukkan keju parmesan, keju cheddar, serbuk lada hitam dan garam.
  1. Jika terlalu pekat tambahkan susu dan tutup api.

Penyediaan Untuk Membakar Makaroni

  1. Sediakan bekas aluminium bersaiz 3 inci x 7 inci.
  1. Sedukkan makaroni ke dalam bekas dan taburkan keju parmesan, sos putih, keju mozarella, serbuk parsley dan hirisan capsicum.
  1. Bakar dalam oven dengan suhu 200℃ selama 15 minit atau hingga permukaan mulai perang.

Tips

MENU 4: Mi Kari Laksa

Resepi oleh: Kak Ida’s Kitchen

Bahan-bahan

BAHAN-BAHAN KUAH

BAHAN-BAHAN MI

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan item nombor 1 hingga 8 hingga sedikit garing.
  1. Masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit dan kacau rata.
  1. Tambahkan garam dan gula.
  1. Masukkan air secukupnya mengikut citarasa, santan, isi ayam, ‘fish cake’ dan masak sehingga mendidih.
  1. Masukkan tauhu lampung.
  1. Siap untuk dihidangkan.

Tips

MENU 4: Mi Goreng Mamak

Resepi oleh: Sheila Rusly

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  1. Tambahkan cili boh/ cili kisar mengikut citarasa kepedasan anda.
  1. Masukkan sudu besar serbuk kari dan kaul sekata.
  1. Tiba masa untuk masukkan kicap pekat kacau sebentar.
  1. Tambahkan sawi dan mi kuning, gaulkan dan ketepikan sedikit ke bahagian tepi kuali untuk menggoreng telur.
  1. Pecahkan 2 biji telur dan kacaukan bersama-sama mi kuning dan sawi.
  1. Akhir sekali masukkan tauhu keras, kacau sekata dan siap untuk dihidangkan.

Nampak menyelerakan semua resepi mi dan pasta ini bukan? Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan dengan rakan-rakan yang lain ya Mama.