KelabMama

5 Resepi Menjilat Jari Untuk Anak-anak

Kadang-kadang susah nak bagi anak Mama makan apa atau Mama sendiri dah buntu untuk sediakan makanan yang sesuai untuk mereka. Anak-anak pun sering memilih makanan apa yang mereka suka dan tak suka. Dalam hal ini, Mama harus menjadi lebih kreatif dengan menyediakan makanan yang dapat menaikkan selera anak-anak dan semestinya berkhasiat.

Sempena kempen #MamaMasakMamaMenang yang dianjurkan Motherhood.com.my, terdapat beberapa resepi yang Mama Siti love sangat dan tak sabar nak kongsikan dengan Mama!

Jom kita tengok sama-sama resepi di bawah.

5 Resepi Pasti Nak Lagi Untuk Anak Mama

#1 Resepi Muffin Spiral Pasta Bakar

Kredit gambar: Facebook Rozaina Othman

Bahan-Bahan:

Cara Memasak:

  1. Panaskan periuk masukkan Minyak Zaitun. Setelah itu masukkan bawang Holland dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan Sos pasta Cendawan kacau sebati. Masukkan daging ayam cincang kacau lagi. Kemudian masukkan cendawan Butang, cili benggala, hijau, merah dan kuning. Jangan letak semua. Lebihnya dijadikan hiasan.
  3. Setelah tu perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan sebuk lada hitam dan serbuk lada berperisa. Akhir sekali masukkan Chesdale, kacau. Tunggu beberapa minit sos agak kering. Tutup api.
  4. Masukkan Spiral Pasta dalam sos tadi..Kacau sebati masukkan sedikit Mozarella. Sudukan Spiral Pasta ke dalam loyang muffin.
  5. Letakkan keju Mozarella diatasnya hiaskan dengan potongan cili benggala hijau, merah dan kuning, taburkan sedikit serbuk lada hitam. Bakar selama 10 minit api atas bawah suhu 200 darjah celcius, dan 10 minit lagi untuk api atas sehingga nampak garing.
  6. Hiaskan dengan daun pudina. Sedia untuk dinikmati. (Untuk nampak ia cantik pastikan ia sejuk dahulu baru keluarkan dari loyang).

Kredit: Facebook Rozaina Othman

#2 Resepi Smoked Duck Creamy Soup Pasta

Kredit gambar: Nur Fakhira Mohd Rosli

Bahan-Bahan:

Cara Memasak:

  1. Didihkan 2 liter air. Masukkan macaroni. Masukkan garam dan 1/2 cawan olive oil. Kacau dan biar sampai masak. ⁣
  2. Toskan macaroni, simpan 3 cawan air rebusan.⁣⁣
  3. Panaskan periuk. Masukkan 1/2 cawan olive oil. Tumis bawang holland dan bawang putih sampai layu dan naik bau
  4. Tambah carrot, cendawan dan chicken ball. Kacau sebati.⁣⁣
  5. Tambah air rebusan macaroni, sos keju dan susu segar. Kacau rata.⁣⁣
  6. Perasakan dengan oregano, parsley, blackpepper, rock salt, garlic powder dan serbuk pati ayam. Kacau sampai mendidih
  7. Pambah hirisan itik salai. Kacau sampai semua masak sekata. Siap.⁣⁣

Kredit: Facebook Nur Fakhira Mohd Rosli

#3 Resepi Garlic Soy Chicken Wings With Seaweed Rice Ball

Kredit gambar: Facebook Nur Fakhira Mohd Rosli

Bahan-Bahan Garlic Soy Chicken Wings:

Cara Memasak:

  1. Masukkan chicken wings dan tepung dalam bekas bertutup. Goncang sampai semua tersalut rata. Perap dalam setengah jam.
  2. ⁣⁣Panaskan minyak, goreng chicken wings sampai garing. Angkat dan toskan minyak.⁣
  3. Bila dah suam, masukkan dalam bekas bertutup dengan Garlic Soy Sauce. Tutup dan goncang sampai semua tersalut.
  4. Hidangkan dan tabur seaweed dan bijan. Siap.⁣

Bahan-Bahan Seaweed Rice Ball:

Cara Memasak:

  1. Gaul semua bahan rice ball, sesuaikan rasa. Bulat-bulatkan. ⁣
  2. susun rice ball, chicken wings dan salad. Siap.⁣

Kredit: Facebook Nur Fakhira Mohd Rosli

#4 Resepi Blackpepper Kale Potato Shiitake Mushroom Baked Puff Bread

Kredit gambar: Facebook Sue Val Armin

Bahan-Bahan:

Cara Memasak:

Cara Membuat Kulit Puff
Cara Membuat Inti Puff:
  1. Ambil telur yang dikocak campurkan dengan 1 sudu teh serbuk lada hitam dan kocak biar rata.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sedikit saja untuk menggoreng telur.
  3. Apabila minyak panas,masukkan kesemua telur yang dikocak tadi dan goreng hancur dan bila masak tutup api dan masukkan telur ke dalam mangkuk.
  4. Ambil kuali lain panaskan minyak lalu tumiskan bawang bombay yang dipotong dadu beserta bawang putih yang dicincang halus lalu tumis hingga naik bau. Masukkan lobak merah yang dipotong dadu bersama dengan kentang yang dipotong dadu dan masukkan sedikit air untuk empukkan kentang dan lobak itu lalu kacau rata dan biar ia mendidih sekejap.
  5. Masukkan serbuk pati ayam,serbuk lada hitam,serbuk lada putih dan serbuk chayenne lalu kacau rata dengan api sederhana besar.
  6. Masukkan telur goreng hancur kedalam bahan inti kacau dan masukkan cendawan shitake hiris dan goreng bersama inti hingga masak.
  7. Apabila inti hampir masak masukkan sedikit garam,secubit gula dan juga sayur kale lalu kacau rata bersama inti tersebut dan setelah masak tutup api.-Masukkan inti ke dalam mangkuk.
  8. Telur kuning 2 biji dikocak ( Untuk sapuan atas puff)
Cara Membuat Puff Untuk Dibakar:

Kredit: Facebook Sue Val Armin

#5 Resepi Bubur Lambuk

Kredit gambar: Facebook Asyiqin Ramdan

Bahan-Bahan:

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk.
  2. Tumis rempah 3 sekawan, bahan kisar dan daun pandan sehingga keperangan.
  3. Masukkan daging dan rempah kurma.
  4. Masukkan air sedikit dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan beras dan air.
  6. Masak sehingga mendidih.
  7. Masukkan lobak merah, lada hitam dan lada sulah.
  8. Masak sehingga nasi menjadi bubur dan air sedikit kering.
  9. Masukkan santan dan perasakan dengan garam. Reneh sebentar kemudian tutup api.
  10. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Kredit: Facebook Asyiqin Ramdan