KelabMama

“30 Minit Siap!” Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Masak ni mudah saja kalau kita dah siap-siap bahan dan tahu macam mana cara buat resepi ketam masak lemak cili api. 

Kali ni, Mama Siti kongsikan resepi ketam yang boleh siap dalam masa 30 minit sahaja. 

Nak tahu? Terus ikut ya. 

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Kredit gambar: Youtube/ Masak Apa Bossku

Resepi oleh: Wan LuQman

Bahan-bahan

Cara-cara

#1 Pertama sekali, kisar kunyit bersama-sama cili api. Bahan-bahan yang dikisarkan akan berwarna oren kehijauan. 

Kredit gambar: Facebook/ Wan LuQman

#2 Seterusnya, masukkan ketam, serai dan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk dan gaulkan bersama-sama. Oh, jangan lupa pasang api ya.

Kredit gambar: Facebook/ Wan LuQman

#3 Selesai menumis tanpa minyak, tuangkan santan ke dalam periuk dalam ukuran 350ml. 

Kalau tak suka kuah pekat, Mama boleh tambahkan air untuk lebih berkuah. 

Kredit gambar: Facebook/ Wan LuQman

#4 Selepas itu, masukkan pula kiub pati ayam untuk menggantikan bahan perasa gula dan garam. 

Kredit gambar: Facebook/ Wan LuQman

#5 Ketika masakan mula mendidih, perah sebiji limau kasturi dan asam keping bersaiz kecil. 

Rasa resepi ketam masak lemak cili api nanti akan berpadu rasa masam dan wangi.  Langkah seterusnya, masukkan juga daun limau purut untuk menaikkan lagi aroma masakan. 

#6 Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan tunggu sampai santan masak. Tutup api dan hidangkan untuk santapan.   

Kredit gambar: Facebook/ Wan LuQman

Tips Menyediakan Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Macam mana? Susah ke senang nak masak ketam masak lemak edisi kali ini? 

Unik kan resepi dia, ada rasa masam-masam sikit. Sama macam resepi sup ayam thai ni. Mama cubalah, mana tahu jadi menu kegemaran terbaru!


Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.