Masak ni mudah saja kalau kita dah siap-siap bahan dan tahu macam mana cara buat resepi ketam masak lemak cili api.
Kali ni, Mama Siti kongsikan resepi ketam yang boleh siap dalam masa 30 minit sahaja.
Nak tahu? Terus ikut ya.
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
Resepi oleh: Wan LuQman
Bahan-bahan
- Cili api kampung
- Cili merah
- Kunyit hidup
- Daun kunyit
- Daun limau purut
- Serai
- Kiub pati ayam (pilihan)
- Limau kasturi
- Asam keping
Cara-cara
#1 Pertama sekali, kisar kunyit bersama-sama cili api. Bahan-bahan yang dikisarkan akan berwarna oren kehijauan.
#2 Seterusnya, masukkan ketam, serai dan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk dan gaulkan bersama-sama. Oh, jangan lupa pasang api ya.
#3 Selesai menumis tanpa minyak, tuangkan santan ke dalam periuk dalam ukuran 350ml.
Kalau tak suka kuah pekat, Mama boleh tambahkan air untuk lebih berkuah.
#4 Selepas itu, masukkan pula kiub pati ayam untuk menggantikan bahan perasa gula dan garam.
#5 Ketika masakan mula mendidih, perah sebiji limau kasturi dan asam keping bersaiz kecil.
Rasa resepi ketam masak lemak cili api nanti akan berpadu rasa masam dan wangi. Langkah seterusnya, masukkan juga daun limau purut untuk menaikkan lagi aroma masakan.
#6 Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan tunggu sampai santan masak. Tutup api dan hidangkan untuk santapan.
Tips Menyediakan Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
- Warna kuah bergantung kepada bahan tumisan, semakin banyak cili hijau, semakin hijau kuahnya nanti.
- Semakin banyak cili merah, warna masakan jadi oren kekuningan.
Macam mana? Susah ke senang nak masak ketam masak lemak edisi kali ini?
Unik kan resepi dia, ada rasa masam-masam sikit. Sama macam resepi sup ayam thai ni. Mama cubalah, mana tahu jadi menu kegemaran terbaru!
Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.