“Nak kurus..tapi macam tak kurus-kurus je ni.” Pernah tak Mama cuba untuk diet tapi pada akhirnya, gagal? Adakah Mama makan makanan diet yang betul?
Ya, memang diet itu bagus untuk kesihatan kita. Tetapi kena beringat juga. Mama harus ketahui cara pemakanan diet yang betul kerana ini akan menentukan ‘results’ di akhir hari nanti!
Nak tahu makanan apa yang boleh diambil ketika diet? Jom teruskan membaca!
10 Makanan Diet Yang Boleh Diamalkan
#1 Telur
Telur adalah makanan diet yang sangat dikenali, terutamanya sebagai sarapan pagi. Kerana ia dapat membantu menurunkan berat badan. Walaupun pengambilan telur yang banyak akan meningkatkan kadar kolesterol LDL “buruk” pada sesetengah orang, telur masih menjadi salah satu makanan terbaik jika mahu menurunkan berat badan.
Malah, telur bukan je tinggi dengan kandungan protein dan lemak, malah ia juga sangat mengenyangkan.
Di samping itu, telur sangat padat dengan nutrien dan membantu kita mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam diet yang mengehadkan pengambilan kalori. Menariknya, hampir semua nutrien terdapat dalam kuning telur tau.
#2 Salmon
Ikan berlemak seperti salmon adalah sangat menyihatkan dan sangat mengenyangkan, malah ia juga membantu menjadikan kita kenyang selama berjam-jam dengan sedikit kalori.
Asid lemak ‘polyunsaturated’ ditambah pula dengan mineral dalam salmon menjadikannya pilihan makan malam yang ideal. Bukan pada waktu malam je, ia juga menjadi pilihan makan tengah hari yang baik.
Seterusnya, salmon sarat dengan protein berkualiti tinggi, lemak sihat dan pelbagai nutrien penting. Ia juga kaya dengan asid berlemak omega-3 yang terbukti dapat membantu mengurangkan masalah keradangan. Ini juga diketahui memainkan peranan utama dalam masalah obesiti dan penyakit metabolik.
#3 Kacang
Walaupun tinggi dengan kandungan lemak, kacang tak menggemukkan seperti yang dijangkakan. Makanan diet ringan ini sangat baik, mengandungi protein, serat dan lemak sihat yang seimbang.
Kajian juga menunjukkan bahawa makan kacang dapat meningkatkan kesihatan metabolik dan bahkan menurunkan berat badan.
Terdapat juga kajian populasi menunjukkan bahawa orang yang makan kacang cenderung lebih sihat dan kurus berbanding mereka yang tak makan kacang.
Namun, pastikan ia tak diambil secara berlebihan, kerana kandungan kalorinya masih tinggi.
#4 Sayur-sayuran juga antara makanan diet
Sayuran yang merangkumi brokoli, kubis bunga, kubis dan taugeh Brussels. Seperti sayur-sayuran lain, ia kaya dengan serat dan cenderung menjadi sangat mengenyangkan.
Lebih-lebih lagi, jenis sayuran ini biasanya mengandungi jumlah protein yang mencukupi. Proteinnya juga tak setinggi produk haiwan atau kekacang tapi masih tinggi jika dibandingkan dengan kebanyakan sayur-sayuran lain.
Gabungan protein, serat dan ketumpatan tenaga yang rendah menjadikan sayur-sayuran ini sebagai makanan diet yang sempurna untuk diterapkan ke dalam makanan jika perlu menurunkan berat badan.
#5 Oat
Memulakan hari dengan semangkuk oat juga dapat membantu menurunkan berat badan. Di samping itu, pengambilan kalori semasa makan tengah hari lebih rendah setelah makan oat di waktu pagi.
Walaupun kedua-dua sarapan pagi ini mengandungi jumlah kalori yang sama, pengambilan oat memberikan lebih banyak protein, serat, dan kurang kandungan gula berbanding bijirin biasa.
#6 Buah-buahan antara pilihan makanan diet sihat
Sebilangan besar pakar kesihatan bersetuju bahawa buah itu sihat. Walaupun ia mengandungi gula semula jadi, ia mempunyai ketumpatan tenaga yang rendah dan memerlukan sedikit masa untuk mengunyah. Selain itu, kandungan seratnya membantu mencegah gula daripada dilepaskan terlalu cepat ke aliran darah kita.
Satu-satunya golongan yang mungkin ingin mengelakkan atau meminimumkan pengambilan buah adalah mereka yang menjalani diet rendah karbohidrat, ketogenik atau mengalami intoleransi terhadap buah-buahan.
Kebanyakan buah-buahan boleh menjadi makanan diet tambahan yang berkesan dan lazat untuk membantu dalam diet penurunan berat badan.
#7 Biji Chia
Biji chia adalah antara makanan diet yang paling berkhasiat. Ia mengandungi 12 gram karbohidrat per auns (28 gram), yang cukup tinggi dengan 11 gram daripadanya adalah serat. Memandangkan kandungan seratnya tinggi, biji chia dapat menyerap hingga 11-12 kali beratnya dalam air, berubah seperti gel dan mengembang di perut.
Walaupun beberapa kajian menunjukkan bahawa biji chia dapat membantu mengurangkan selera makan, mereka tak menemui kesan signifikan secara statistik terhadap perkaitan antara biji chia dengan penurunan berat badan. Namun, dengan komposisi nutriennya, ia masuk akal bahawa biji chia dapat menjadi sebahagian makanan yang berguna dalam diet penurunan berat badan kita.
#8 Sayur-sayuran berdaun juga antara makanan diet
Sayuran berdaun termasuklah kangkung, bayam, ‘collard’, ‘swiss chard’ dan beberapa sayuran yang lain. Ia mempunyai beberapa sifat yang menjadikannya sempurna untuk diet penurunan berat badan, seperti rendah kalori dan karbohidrat serta penuh dengan serat.
Mengambil sayur-sayuran berdaun adalah cara yang baik untuk meningkatkan jumlah makanan kita tanpa menambahkan kalori.
Banyak kajian menunjukkan bahawa makanan dan diet dengan ketumpatan tenaga yang rendah menjadikan individu makan mengambil kurang kalori secara keseluruhan.
#9 Daging Lembu dan Dada Ayam
Walaupun daging yang diproses tak sihat, kajian telah menunjukkan bahawa daging yang tak diproses sangat sihat dan tak meningkatkan kadar risiko untuk kencing manis dan penyakit jantung.
Daging lembu dan dada ayam adalah makanan ‘weight-loss-friendly’ kerana ia tinggi dengan protein.
Disebabkan ia tinggi dengan protein, ia juga dapat mengekalkan kekenyangan sepanjang hari. Bukan itu je, ia juga dapat membakar 80-100 kalori sehari!
Dengan mengamalkan makanan yang tinggi protein, ia dapat membantu kita untuk memotong selera makan yang tak diperlukan pada waktu malam dan secara tak langsung dapat mengurangkan berat badan.
#10 Bijirin penuh antara makanan diet sihat
Walaupun bijirin mendapat reputasi buruk kerana kandungan nutrisinya yang tak seberapa, masih terdapat beberapa jenis bijirin yang menyihatkan. Ini termasuklah sebilangan bijirin yang kaya dengan serat dan mengandungi sejumlah besar protein. Ini termasuklah oat, beras perang dan quinoa.
Namun, perlu ingat bahawa biji-bijian halus bukanlah pilihan yang sihat dan kadangkala makanan diet yang mempunyai “biji-bijian” pada label adalah makanan ringan yang diproses.
Jenis ini adalah berbahaya dan menggemukkan. Sekiranya menjalani diet rendah karbohidrat, kita pasti ingin mengelakkan biji-bijian, kerana mereka tinggi dengan kandungan karbohidrat.
5 Resepi Makanan Diet Yang Mama Boleh Cuba!
Dah tahu makanan ‘diet-friendly’ kan? Ha, jom la kita try resepi simple ni daripada sepasang suami isteri yang telah berjaya menurunkan berat badan mereka sebanyak 6-10kg untuk mulakan diet kita hari ini. Mudah dan senang sekali!
1) Tortilla Wrap
Bahan-bahan:
– Isi ayam (dipotong kecil)
– Tomato ceri (dibelah 2)
– 2 biji bawang merah kecil (dipotong dadu)
– 2 keping daun salad
– 1 sudu kecil mayonis
– Chili flakes
– Black pepper
Cara-cara:
1. Perisakan isi ayam perasakan dengan black pepper dan garam. Kemudian, grill dalam kuali.
2. Gaul ayam yang telah dipanggang bersama mayonis, tomato ceri, bawang merah kecil, daun salad dan chili flakes.
3. Letakkan atas wrap dan balutkan.
4. Panaskan atas kuali sebentar dan enjoy!
2) Salad telur rebus
Bahan-bahan:
– Lettuce
– Daun salad (ungu gelap)
– 2 biji telur rebus
– 1 batang timun jepun (dipotong)
– Tomato ceri (dibelah 2)
– Chili flakes secukup rasa
– Black pepper secukup rasa
– Lada putih secukup rasa
Cara-cara:
1. Potong lettuce dan daun salad, basuh dengan bersih dan toskan air.
2. Rebus telur sehingga masak. Kupas kulit dan potong 4.
3. Masukkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
4. Hiaskan dengan telur rebus.
3) Roti telur cheese
Bahan-bahan:
– 4 keping roti wholemeal
– 4 biji telur
– 2 keping cheese
– Black pepper
– Chili flakes
Cara-cara:
1. Susun roti atas pinggan. Pecahkan telur di tengah-tengah roti.
2. Letakkan cheese bersebelahan dengan telur.
3. Taburkan pepper dan chili flakes.
4. Panaskan dalam microwave selama 1 minit setengah.
4) Potato chicken salad
Bahan-bahan:
– Kentang (dibelah 2)
– Isi ayam
– Tomato ceri (dibelah 2)
– Black pepper
– Chili flakes
Cara-cara:
1. Rebus kentang sehingga empuk. Toskan dan biarkan sejuk.
2. Rebus isi ayam dan carik-carikkan isinya.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
5) Telur hancur cendawan butang
Bahan-bahan:
– 2 biji bawang putih (dicincang)
– 4 biji cendawan (dihiris nipis)
– 3 biji telur (pecah dalam mangkuk dan tambah sedikit garam, kacau)
– 1 sudu butter
– Chili flakes
– Black pepper
Cara-cara:
1. Panaskan pan, masukkan butter, bawang putih dan cendawan.
2. Masukkan chili flakes dan black pepper.
3. Masukkan telur, kacau rata sehingga masak.
Semoga bermanfaat untuk mama-mama yang ingin memulakan diet!
Sumber : SAYS
BACA JUGA MAKANAN BERKHASIAT UNTUK IBU HAMIL
Pesan Mama Siti
Siapa kata makanan untuk orang diet tak sedap? Mama Siti tengok sedap je. Walaupun simple tapi nampak menyelerakan!