KelabMama

Titiskan Je. Resepi Makanan Bayi Dengan Minyak Bijan Yang Penuh Khasiat

Dapur Mama sentiasa ada minyak bijan tak? Mungkin, bahan ini agak jarang digunakan oleh para ibu khususnya yang berbangsa Melayu. Tetapi, ia mempunyai banyak khasiat dan sering digunakan dalam resepi makanan bayi oleh kaum Cina.

Ini kerana juadah tradisional Melayu tidak banyak menggunakan ramuan berkenaan. Namun, minyak bijan bukanlah satu bahan masakan yang asing kepada kita semua.

Berbeza dengan kaum Cina yang kebanyakkan makanan mereka berasaskan campuran minyak bijan. Namun, tahukah Mama, selain menjadikan hidangan lebih enak, minyak bijan juga memiliki khasiat tersendiri?

Berikut merupakan beberapa resepi makanan bayi dengan minyak bijan dan juga khasiat minyak ini kepada kesihatan kita.

Resepi Makanan Bayi Menggunakan Minyak Bijan

1. Bubur

Bahan-bahan untuk 1 pot beras bubur:

Cara memasak:

  1. Tumbuk atau hiris bahan-bahan di atas, kemudian tumiskan dalam rice cooker atau periuk.
  2. bila dah naik bau, masukkan beras dan air yang banyak.
  3. Biarkan sehingga air mendidih, kemudian boleh masukkan sayur pilihan Mama dan juga isi ayam atau ikan.
  4. Renehkan bubur sehingga kembang.
  5. Bila dah masak, titiskan minyak bijan mengikut citarasa Mama.
  6. Siap untuk dinikmati!

2. Ayam/Ikan Steam

Bahan untuk seketul ayam atau ikan sepotong ikan merah. Boleh sahaja guna ikan lain, namun pastikan saiznya sesuai dengan jumlah penyediaan bahan. Jika lebih banyak ikan atau ayam digunakan, boleh tambah lagi kuantiti bahan penyediaan ini.

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk atau hiris bahan-bahan di atas dan lumurkan pada main menu tadi.
  2. Kukus dalam air mendidih (15-20 minit untuk ayam, 10 minit untuk ikan).
  3. Bila dah siap, titiskan sedikit minyak bijan dan boleh diberikan kepada si kecil.

3. Sup

Bahan-bahan untuk seketul ayam atau sepotong ikan merah. Boleh juga guna ikan lain, namun pastikan saiznya sesuai dengan jumlah penyediaan bahan. Jika lebih banyak ikan atau ayam digunakan, boleh tambah lagi kuantiti bahan penyediaan ini.

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk atau hiris bahan-bahan di atas, kemudian tumiskan dalam periuk.
  2. Bila dah naik bau, masukkan 2 cawan air.
  3. Biarkan sehingga air mendidih, kemudian boleh masukkan sayur pilihan Mama serta ayam atau ikan.
  4. Biarkan sehingga masak dan kemudian titiskan minyak bijan dalam mangkuk hidangan.
  5. Sedia untuk dinikmati!

Selain resepi makanan bayi dengan minyak bijan di atas, berikut merupakan khasiat minyak bijan kepada kesihatan kita; baik yang muda mahupun sudah berusia.

Khasiat Minyak Bijan Kepada Kesihatan

1. Mencegah Diabetes

Menurut kajian, minyak bijan dikatakan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes.

Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis.

2. Mengurangkan Tekanan Darah

Kandungan magnesium dalam minyak bijan menunjukkan ia membantu menurunkan hipertensi atau tekanan darah.

3. Kesihatan Jantung

Biji bijan mengandungi nutrien semula jadi di dalamnya yang membantu mencegah serangan jantung.

4. Anti Kanser

Selain itu, pengambilan biji bijan dapat mengurangkan risiko kanser. Lebih baik lagi, biji bijan kaya dengan serat yang dapat membantu proses penghadaman dan mengelakkan serangan kanser usus.

5. Kaya dengan Antioksidan

Sesudu besar (14 gram) minyak bijan mengandungi nutrien-nutrien berikut:

Minyak bijan juga mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai sesamin, sesamol, sesamolin dan sesaminol. Dua antioksidan ini memainkan peranan utama kepada khasiat minyak bijan.

Satu ulasan kajian yang diterbitkan pada tahun 2020 melaporkan bahawa sesamol mempunyai ciri-ciri perlindungan terhadap sistem kardiovaskular [2].

Selain itu, vitamin E juga merupakan salah satu antioksidan. Vitamin E turut berupaya mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan memperlahankan proses penuaan sel-sel badan anda.

Vitamin E ialah vitamin larut lemak. Ini bermakna badan menyimpan dan menggunakannya jika diperlukan.

6. Boleh Membantu Mengawal Gula Darah

Selain itu, minyak bijan juga boleh membantu mengawal gula darah.

Khasiat ini boleh dilihat dalam beberapa kajian. Satu kajian terhadap haiwan yang mendapati haiwan yang diberi makan minyak bijan menunjukkan penurunan yang ketara terhadap paras gula darah.

Keberkesanan minyak bijan dalam menurunkan paras gula darah dikuatkan lagi dengan kajian terhadap 46 penghidap kencing manis (diabetes jenis 2).

Dapatan kajian mendapati mereka yang mengambil minyak bijan selama 90 hari menunjukkan penurunan paras gula darah puasa dan hemoglobin A1c (HbA1c).

HbA1c ialah hemoglobin yang terikat bersama-sama glukosa dalam darah. Nilai HbA1c memberi gambaran kepada purata paras gula darah dalam jangka masa 2 atau 3 bulan.

7. Membantu Penyembuhan Luka

Minyak bijan juga didapati boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

Kajian yang dijalankan terhadap haiwan mendapati minyak bijan berozon menunjukkan penyembuhan luka yang lebih baik berbanding rawatan lain.

Minyak berozon ialah minyak yang ditambah gas ozon dan digunakan dalam perubatan.

Kesan yang sama turut dilaporkan dalam kajian lain yang turut dijalankan terhadap haiwan.

Rawatan menggunakan minyak bijan berozon didapati menyebabkan bukaan luka tertutup dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, kajian-kajian terhadap manusia masih diperlukan.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Untuk tahu pelbagai lagi juadah enak dan berkhasiat hasil air tangan Mama, hanya klik di SINI!