KelabMama

Mudah Je Nak Masak! Resepi Lala Masak Sos Tiram Yang Senang Nak Buat

Mama Siti paling suka kalau masak lala atau retak seribu sebab kebanyakkan resepinya mudah nak masak. Paling ‘best’ masak lala sos tiram ni tak ambil masa banyak pun.

Jom tengok macam mana cara buat resepi lala masak sos tiram ni.

Resepi Lala Masak Sos Tiram

Kredit gambar: RASA

Resepi oleh: Norzila Saim 

Bahan-bahan

Cara-cara

#1 Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia bersama-sama. 

Selepas itu, tumis semua bahan-bahan itu dalam minyak panas dengan serai yang telah diketuk hingga bahan-bahan menjadi kekuningan. 

Kredit gambar: Facebook/ Kini Trending Hub

#2 Masukkan lala yang telah dicuci bersih. Pastikan lumpur dan pasir sudah betul-betul hilang semua dimasukkan ke dalam masakan. 

Biarkan sehingga lala separuh terbuka. 

Kredit gambar: RASA

#3 Setelah itu, masukkan sos tiram, kicap dan garam sesuai citarasa masing-masing. 

#4 Kacau semua bahan tumisan dan lala supaya rasanya menyatu. Kemudian, masukkan cili hijau dan cili merah sebagai penyeri hidangan. 

Kredit gambar: Youtube/ Syimaradzi

Tips Menyediakan Resepi Lala Masak Sos Tiram

Lala masak sos tiram salah satu ‘go to’ resepi yang Mama Siti akan masak sebab mudah dan tak ambil masa. Selain itu, Mama Siti pun suka masak ikan siakap kukus ala Thai untuk hidangan keluarga disebabkan bahan-bahannya yang mudah didapati.  


Jom cuba pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!