KelabMama

Resepi Lala Masak Serai, Mudah Lagi Menyelerakan

Lala dan retak seribu antara makanan laut paling mudah nak masak. Tinggal sediakan bahan dan ‘campak-campak’ saja. 

Kalau nak lala yang ala-ala direbus, Mama boleh cuba resepi lala masak serai kali ni. Mana tahu satu lagi makanan kegemaran ‘unlocked’.

Resepi Lala Masak Serai

Kredit gambar: emiliaputeri.blogspot.com/

Resepi oleh: Daya Idris

Bahan-bahan Utama

Bahan-bahan Hirisan

Bahan-bahan Masakan

Cara-cara

#1 Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan semua bahan-bahan hirisan. Tumis hingga bahan tumisan naik bau. 

#2 Selepas itu, masukkan 1 ½ sudu besar sos tiram ke dalam tumisan dan kacau. Tak tunggu lama, terus sahaja masukkan lala yang telah dicuci bersih.  

#3 Seterusnya, masukkan satu mangkuk air supaya masakan kita berkuah dan teruskan dengan masukkan perahan limau. 

Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. 

#4 Langkah terakhir, kita masukkan cili padi bagi yang nak rasa pedas. Cili padi ni pilihan sebenarnya, lagi-lagi kalau ada anak kecil. 

Tips Menyediakan Resepi Lala Masak Serai

Siapa yang nak belajar masak lala, elok sangat kalau mula dengan resepi lala masak serai. Menu ini juga sudah menjadi salah satu menu kegemaran anak kecil Mama Siti – sedap dan menyelerakan katanya!

Selain itu, kalau nak cuba masakan berkuah macam ni, apa kata cuba resepi sotong masak serai? Sedap dan juga lain daripada yang lain.


Selain resepi di atas, Mama boleh dapatkan pelbagai lagi resepi masakan yang lain di SINI!