Lala dan retak seribu antara makanan laut paling mudah nak masak. Tinggal sediakan bahan dan ‘campak-campak’ saja.
Kalau nak lala yang ala-ala direbus, Mama boleh cuba resepi lala masak serai kali ni. Mana tahu satu lagi makanan kegemaran ‘unlocked’.
Resepi Lala Masak Serai
Resepi oleh: Daya Idris
Bahan-bahan Utama
- Lala
- Serai
Bahan-bahan Hirisan
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Lobak merah
Bahan-bahan Masakan
- Limau kasturi/ limau nipis
- Minyak masak
- Sos tiram
- Air
- Cili padi (pilihan)
- Garam
- Gula
Cara-cara
#1 Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan semua bahan-bahan hirisan. Tumis hingga bahan tumisan naik bau.
#2 Selepas itu, masukkan 1 ½ sudu besar sos tiram ke dalam tumisan dan kacau. Tak tunggu lama, terus sahaja masukkan lala yang telah dicuci bersih.
#3 Seterusnya, masukkan satu mangkuk air supaya masakan kita berkuah dan teruskan dengan masukkan perahan limau.
Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.
#4 Langkah terakhir, kita masukkan cili padi bagi yang nak rasa pedas. Cili padi ni pilihan sebenarnya, lagi-lagi kalau ada anak kecil.
Tips Menyediakan Resepi Lala Masak Serai
- Asingkan lala untuk anak sebelum masukkan cili padi supaya rasa pedas tidak bercampur.
- Pilih lala atau retak seribu yang masih segar kerana rasanya masih manis.
- Kalau Mama ingin masakkan menu ini untuk anak kecil, jangan letak cili padi.
Siapa yang nak belajar masak lala, elok sangat kalau mula dengan resepi lala masak serai. Menu ini juga sudah menjadi salah satu menu kegemaran anak kecil Mama Siti – sedap dan menyelerakan katanya!
Selain itu, kalau nak cuba masakan berkuah macam ni, apa kata cuba resepi sotong masak serai? Sedap dan juga lain daripada yang lain.
Selain resepi di atas, Mama boleh dapatkan pelbagai lagi resepi masakan yang lain di SINI!