KelabMama

‘Kuah Pedas, Boleh Adjust’- Resepi Lala Masak Lemak ORI!

resepi lala masak lemak

Identiti masakan orang Negeri Sembilan ialah rasa pedasnya. Tapi kalau Mama tidak gemar rasa terlalu pedas, boleh kurangkan cili mengikut citarasa. 

Bahan-bahan masakan mudah sahaja, paling penting pastikan lala telah dicuci bersih dan masih segar. 

Resepi Lala Masak Lemak

Resepi oleh: Umi Watie

Bahan-bahan

Cara-cara

#1 Tuangkan satu liter air dalam kuali kemudian masukkan cili padi dan kunyit hidup yang telah dikisar. 

Kredit gambar: Facebook/ Umi Watie

#2 Selepas itu, masukkan pula serai ke dalam masakkan. Api boleh diubah-ubah mengikut keadaan masakan. Seeloknya kekalkan api sederhana. 

Kredit gambar: Facebook/ Umi Watie

#3 Tanpa tunggu lama, Mama boleh masukkan sekeping asam keping yang telah dibasuh. Asam keping adalah untuk menstabilkan rasa pedas dan lemak dalam masakan. 

Kredit gambar: Facebook/ Umi Watie

#4 Seterusnya, masukkan serbuk kunyit untuk mencantikkan warnanya. Biarkan selama 5 minit hingga masakan mereneh hingga menggelegak. 

Kredit gambar: Facebook/ Umi Watie

#5 Lanjut, tuangkan satu kotak santan dan gaul agar rasanya menyatu dengan bahan-bahan lain.

Kredit gambar: Facebook/ Umi Watie

#6 Masukkan lala atau retak seribu yang telah dibersihkan. Gaul dan masukkan daun kunyit untuk menaikkan aroma wangi.  

#7 Perasakan dengan garam dan gula kemudian tutup kuali dan tunggu hingga lala terbuka. Ia menandakan lala sudah masak dan sedia dihidangkan. 

Tips Menyediakan Resepi Lala Masak Lemak

Resepi lala masak lemak ala orang Negeri Sembilan boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing. 

Lagi resepi yang Mama Siti suka nak kongsikan ialah ketam masak cili Chinese style – sekali cuba, pasti nak lagi dan lagi! Tak rugi mencuba orang kata. 


Mama Siti kongsikan pelbagai resepi menarik di SINI.