KelabMama

Bahan Simple Je! Ini Resepi Lala Masak Kam Heong Yang Pasti Menambah Selera

Salah satu menu masakan lala yang semakin menjadi tarikan ramai ialah resepi lala masak kam heong. Selain ketam dan ayam, kam heong juga sangat sesuai dimasak menggunakan lala atau udang.

Senang cakap, apa sahaja jenis seafood sangat sesuai untuk dimasak kam heong. Berikut merupakan cara menyediakan resepi lala masak kam heong yang dikongsikan Puan Liza Idris di laman Facebook beliau.

Mudah dan sedap!

Resepi Lala Kam Heong

Kredit g ambar: YouTube/ HomeTaste

Resepi oleh: Liza Idris

Bahan-bahan

Bahan-bahan Pes

Cara Memasak

#1 Seusai membeli lala di pasar, bersihkan lala dengan air bersih sehingga pasir dan lumpurnya hilang. 

Kredit gambar: Facebook/ Liza Idris

#2 Sediakan kuali dan panaskan minyak. Apabila sudah panas, masukkan bawang holland, halia dan bawang putih. 

Kredit gambar: Facebook/ Liza Idris

#3 Setelah tumisan naik bau, masukkan pula daun kari dan kacau bersama-sama tumisan tadi. 

Kredit gambar: Facebook/ Liza Idris

#4 Ketika bau daun kari sudah boleh dihidu, masukkan pula udang kering dan cili padi. Jangan lupa kacaukan supaya tumisan tak hangit. 

Kredit gambar: Facebook/ Liza Idris

#5 Selepas itu, masukkan pula pes yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Gaulkan sekali dengan bahan-bahan tumisan dalam kuali. 

Kredit gambar: Facebook/ Liza Idris

#6 Perasakan dengan garam dan gula sesuai citarasa masing-masing. Kemudian, barulah kita masukkan lala dan gaul hingga semua rasa tumisan menyatu dengan lala. 

#7 Selepas lebih kurang lima minit masak lala, tutup api dan taburkan daun bawang ke dalam masakan kita tadi. 

Kredit gambar: Facebook/ Liza Idris

Tips Menyediakan Resepi Lala Kam Heong

Selamat mencuba!


Dapatkan lebih banyak resipi menarik dan tips masakan di SINI!