KelabMama

“Sedap Bak Hang” Resepi Asli Laksa Utara Yang Pekat dan Sedap!

resepi laksa utara

Tak susah mana pun nak buat resepi laksa utara ni. Bak kata Fatin Shahirah Razali, “cing, dah siap”.

Resepi laksa utara yang asli akan menggunakan ikan kembung atau ikan selayang. Manakala rasanya pula mestilah sedikit pedas dan berkuah pekat. 

Mama nak tahu tak macam mana nak buat resepi laksa utara ni? Jom ikut Mama Siti. 

Resepi Laksa Utara

Resepi oleh: Fatin Shahirah Razali 

Bahan-bahan

Cara Sediakan Bahan Masakan

#1  Pertama sekali, siang ikan. Buang isi perutnya dan pastikan semua ikan telah dicuci bersih. Kemudian, masukkan ke dalam periuk dan isi dengan air. Jangan lupa masukkan asam keping semasa merebus ikan. 

#2  Apabila ikan dah menggelegak, tutup api dan biarkan sejuk seketika. Selepas itu, barulah Mama boleh pisahkan isi dari tulangnya. 

Kredit gambar: Fatin Shahirah Razali 

#3 Sediakan pengisar (blender) dan masukkan isi ikan ke dalamnya. Tuangkan air rebusan ikan dan kisar sehingga lumat.

Kredit gambar: Fatin Shahirah Razali 

#4 Lakukan proses yang sama untuk tulang ikan. Tetapi ada langkah tambahan dalam proses ini iaitu Mama perlu menapis kisaran tulang ikan menggunakan penapis santan. 

#5 Kisar bawang besar bersama-sama belacan. Kalau nak lagi sedap, Mama kisarkan sekali dengan cili kering yang telah direbus. 

Kredit gambar: Fatin Shahirah Razali 

#1 Sediakan satu periuk mengikut kesesuaian dan hidupkan api perlahan. Selepas itu, masukkan isi ikan diikuti dengan kisaran tulang ikan secara perlahan-lahan. Gunakan api sederhana. 

Cara-cara Masak Laksa Utara

Kredit gambar: Fatin Shahirah Razali 

#2 Kemudian, masukkan kisaran bawang dan belacan pula.

Kredit gambar: Fatin Shahirah Razali 

#3 Apabila kuah sudah mula menggelegak, boleh masukkan daun kesum dan bunga kantan ke dalam periuk masakan. 

Kredit gambar: Fatin Shahirah Razali 

#4 Seterusnya, kita akan masukkan pula cili kering yang dikisar. Mama Siti sarankan untuk masukkan empat sudu tapi kalau Mama suka pedas, boleh tambah lagi. 

#5 Kacau semua bahan-bahan tadi dan tunggu sehingga kuah laksa mendidih. Ketika ini, Mama dah boleh perasakan dengan garam dan gula. 

Kredit gambar: Fatin Shahirah Razali 

#6 Laksa utara sedia untuk disantap. Hidangkan dengan ulam dan telur rebus, barulah lengkap.

Tips Menyediakan Resepi Laksa Utara

Ha, macam mana Mama? Dah berjaya ke belum buat resepi laksa utara tu? 

Pastikan Mama ikut petua laksa utara yang Mama Siti kongsikan ni ya, barulah “sedap bak hang”. 


Dapatkan lebih banyak resepi menarik dan viral di SINI!