KelabMama

5 Resepi Laksa Dari Seluruh Malaysia. Yang Mana Pilihan Mama?

Setiap orang Malaysia yang berasal dari negeri yang ada variasi laksa, pasti terlibat dalam “perang” laksa yang tak berkesudahan dari dahulu.

Orang Pulau Pinang pasti akui laksa mereka terbaik, orang Sarawak dengan laksa mereka, begitu juga dengan negeri-negeri lain seperti Kelantan dengan laksam, Johor dan beberapa negeri lain.

Walaupun ia sememangnya pergaduhan yang tidak berkesudahan, tetapi perkara sebegini jugalah yang mewarnai budaya serta kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai.

Tapi kalau nak masak laksa bukan lah satu benda yang mudah sebenarnya. Ianya merupakan menu yang memerlukan sukatan bahan yang teliti supaya rasa dan aroma yang terhasil sangat memikat!

Mama Siti nak kongsi pula bagaimana resepi laksa-laksa dari serata Malaysia. Lain kali tak perlu pergi jauh-jauh untuk makan laksa, kalau ‘craving’ boleh terus cari Mama Siti.

5 Resepi Laksa Dari Seluruh Malaysia

Penang

Laksa Penang merupakan antara yang menjadi kegemaran ramai orang. Sama seperti kebanyakan laksa utara, Laksa Penang menggunakan kuah dengan bahan utama ikan, laksa dengan rasa masam, manis, dan disajikan dengan petis (otak udang).

Perbezaannya adalah, variasi dari penang ini mempunyai nenas manakala dari negeri-negeri utara yang lain tidak. Nenas yang ditambah akan menambah rasa masam manis yang segar.

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

  1. Rebus ikan kembung bersama asam keping dan air secukupnya dalam anggaran 10 minit atau sehingga ikan masak dan kemudian sejukkan
  2. Ambil ikan, asingkan bahagian isi dan tulang. simpan air rebusan dan asam keping.
  3. Kisar halus bahan-bahan A,B,C,D,E. Untuk Bahan D, tapis dan ambil airnya sahaja.
  4. Masukkan 1/2 liter air dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan bahan kisar halus A,B,C,D,E.
  6. Tambah air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, belacan bakar, petis, garam dan gula melaka secukup rasa.
  7. Cara-cara untuk rebus laksa:
    1. Rendam laksa dalam air sehingga lembut.
    2. Tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sudah mengandungi air mendidih secukupnya. Masak sehingga laksa lembut dan tapis.
  8. Cara-cara untuk condiment/bahan taburan:
    1. Hiris nipis daun salad atau daun selom, timun, bawang besar, cili padi, cili merah dan nenas.
    2. Rebus telur, kupas kulit dan belah 2.
    3. Potong limau nipis.
    4. Laksa sedia untuk dihidangkan.

Tip:

Resepi dari: Resepi Che Nom

Sarawak

Selain laksa Penang, Sarawak juga bertanding hebat dalam peperangan ni! Merupakan salah satu kegemaran rakyat Malaysia, Laksa Sarawak mempunyai rasa yang sama unik, dan sama sedap!

Bahan-bahan kuah:

Bahan-bahan sambal belacan:

Bahan-bahan hiasan laksa Sarawak:

Cara-cara memasak Kuah:

  1. Basuh dada ayam bersih-bersih Kemudian rebus sehingga ayam masak dan agak lembut.
  2. Setelah msasak keluar dan toskn dada ayam (dah sejuk boleh la dicarik-carik)
  3. Dengan menggunakan air rebusan ayam, celur pula udang kedalam rebusan ayam tadi.
  4. Rebus kira-kira 1 minit. Selepas satu minit, keluarkan dan toskn udang.
  5. Dengan menggunakan stew ayam dan udang lebih awal, masukkan pula serai yang telah ditumbuk ke dalam air masak.
  6. Masukkan pes rempah laksa Sarawak dan kiub ayam
  7. Masak atas api sederhana sehingga mendidih. Setelah mendidih, tuangkan santan ke dalamnya dan kacau.
  8. Reneh dengan api kecil supaya santan tidak pecah minyak.
  9. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih dan masak, matikan api. Kuah untuk Sarawak laksa adalah sedia untuk dihidangkan bersama-sama dengan bahan-bahan lain.

Cara-cara masak mihun:

  1. Panaskan air di atas api sederhana. Tunggu sehingga mendidih.
  2. Jika ia mendidih, masukkan mi mihun dan rebus sehingga sedikit lembut.
  3. Mihun biasanya cepat lembut dalam air panas. Jadi jgn rebus terlalu lama Jika mi terlalu direbus, mihun boleh hancur

Cara-cara membuat sambal belacan:

  1. Sediakan Cili padi, cili merah dan belacan.
  2. Kisar bersama-sama sehingga lumat
  3. Tambah garam, sedikit gula secukup rasa dan jus limau, kemudian kacau lagi perlahan-lahan hingga sebati.

Sedia untuk dihidangkan. Sedap makan panas-panas sambil menonton Televisyen.

Resepi dari: SirapLimau.com

Johor

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk stok udang:
    1. Kisar semua bahan sehingga halus.
    2. Kemudian tapis airnya.
  2. Cara-cara untuk spaghetti:
    1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Rebus mengikut arahan di paket.
    2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
  3. Cara-cara untuk kuah laksa:
    1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar Halus A sampai naik bau.
    2. Masukkan serai yang dititik dan serbuk kari. Teruskan kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak dan garing.
    3. Masukkan pula Bahan Kisar Halus B, bersama air stok udang dan air rebusan ikan. Masak sehingga kuah mendidih.
    4. Masukkan santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa.
    5. Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.
    6. Hidangkan bersama spaghetti, bahan-bahan ulaman sambal belacan
  4. Cara-cara untuk sambal belacan:
    1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.
    2. Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang.

Tip:

Laksa Nyonya

Salah satu laksa yang tidak ramai kenali, keistimewaan laksa Nyonya ini adalah daripada keunikannya yang jarang ditemui.

Ramuannya adalah seperti berikut:-

Bahan A:

*Kisar semua bahan A di atas.

Bahan B:

Bahan Hiasan

Cara-Cara

  1. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan A yang dikisar tadi (minyak jangan terlampau banyak ye).
  2. Semasa tumis tu masukkan 2 batang serai yang telah diketuk dan masukkan 2 kuntum bunga kantan yang telah dibelah 4, serta daun kesum dalam.
  3. Setelah pecah minyak masukkan 1kg santan dan air.
  4. Kepekatan kuah ikut cita rasa sendiri dan masukkan fish ball, tauhu fook (tauhu yang selalu orang buat bergedil tu) dan sekeping asam gelugur. Tauhu fook dan fish ball tu agak-agak lah ye. Ini sebab Papa buat dalam kuantiti yang banyak.
  5. Masukkan garam, aji dan gula secukup rasa.
  6. Dah didih, tutup api, dan siap untuk dihidangkan. Kuah ni boleh makan dalam 8 – 10 orang.
  7. Terpulang sama ada nak guna mee kuning atau bihun yang dicelur.
  8. Bahan tabur macam laksa biasa:

Resepi daripada: SirapLimau.com

Laksam

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

  1. Cara untuk kuah laksam:
    1. Rebus ikan bersama sedikit air, agak-agak tenggelam ikan sahaja. Masukkan 1 asam keping, 1/2 inci halia dan sedikit garam. Rebus dalam anggaran masa 15 minit.
    2. Apabila ikan sudah masak, sejukkan kemudian asingkan isi ikan dan bahagian tulangnya. Air rebusan ikan jangan dibuang, tapis dan ketepikan.
    3. Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga halus.
    4. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar halus, asam keping dan serai. Masak bersama air rebusan ikan tadi dan rebus sehingga mendidih.
    5. Masukkan pati santan, sedikit gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau di atas api yang perlahan. Tak perlu masak kuah terlalu lama kerana santan akan pecah minyak dan kuah akan jadi kurang sedap. Memadai cuma selama 5 minit.
    6. Hidangkan bersama laksa dan ulam ulaman
  2. Cara untuk laksa kukus:
    1. Panaskan periuk kukusan. Sediakan 2 loyang berukuran 8″ atau 9″. Kalau tak ada loyang, tudung periuk pun boleh.
    2. Satukan tepung bersama garam.
    3. Bancuh dengan air suam dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Che Nom kacau menggunakan whisk, lagi cepat halus.
    4. Sapikan sedikit minyak pada permukaan loyang, tuang adunan tepung sebanyak 3 senduk kecil.
    5. Kukus selama 5-8 minit. Angkat loyang dan sejukkan. Boleh juga di alirkan air sejuk di bahagian bawah loyang supaya laksa senang dikeluarkan.
    6. Gulung laksam dan ulang langkah sehingga adunan tepung habis. Anggaran dapat 8-9 gulung laksam.
    7. Gunting laksam setebal 1/2 inci sebelum dihidangkan.
  3. Cara untuk sambal belacan:
    1. Kisar kesemua cili dan gaul bersama jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa
  4. Cara untuk ulam ulaman:
    1. Hiris halus kesemua bahan ulam.

Tip:


Mama Siti kongsikan pelbagai resepi di SINI.