KelabMama

“Nang Nyaman Lagi Mudah”- Resepi Laksa Sarawak Guna Pes Haji Manan

resepi laksa Sarawak

Betul lah orang cakap Malaysia ni syurga makanan. Tengoklah laksa pun ada macam-macam jenis. Dari utara ke selatan, semuanya ada versi laksa tersendiri.

Tetapi kali ini, Mama Siti tak sabar nak kongsikan resepi dari Muhamad Muktamin Abdul Karim yang berkongsi cara buat laksa Sarawak menggunakan pes.

Ayuh, kita perhatikan resepi kuah dan sambal laksa Sarawak.

Resepi Laksa Sarawak

Kredit gambar: Muhamad Muktamin Abdul Karim

Resepi oleh: Muhamad Muktamin Abdul Karim

Bahan-bahan Kuah

Bahan-bahan Sambal

Bahan-bahan Lain

Cara-cara Buat Kuah Laksa Sarawak

#1 Rebus ayam bersama-sama dengan kiub ayam sehingga mendidih. Angkat dan biarkan sejuk sebentar. Kemudian, racik ayam yang telah direbus tadi.

Kredit gambar: Muhamad Muktamin Abdul Karim

#2 Sediakan satu periuk besar untuk merebus udang. Pertama sekali, udang perlu dikupas dahulu sebelum direbus. Apabila warna udang sudah mulai berubah, terus angkat dan ketepikan manakala kulitnya boleh terus direbus hingga air rebusan menjadi pekat. 

#3 Setelah air rebusan udang sudah pekat, asingkan kulit udang. Seterusnya, campurkan air rebusan ayam yang telah disediakan di awal proses tadi. 

#4 Masukkan satu kotak santan dan pes laksa ke dalam periuk kuah itu. Ketika kuah laksa Sarawak sudah mulai masak, masukkan bebola seafood pula.  

Cara-cara Sambal Laksa Sarawak

#1 Panaskan minyak panas di atas kuali. Kemudian, tumis semua bahan-bahan sambal kecuali cili kering yang telah dikisar tadi.

#2 Apabila sudah naik bau, masukkan pula cili kering yang telah dikisar ke dalam tumisan sambal.

#3 Perasakan dengan garam dan gula jika perlu mengikut citarasa Mama.   

Kredit gambar: Muhamad Muktamin Abdul Karim

Tips Menyediakan Resepi Laksa Sarawak

Kalau laksa Johor makan dengan mi spageti, laksa Sarawak pula makan dengan bihun. Walaupun kedua-duanya menggunakan santan namun rasanya tetap berbeza.

Jangan lupa ikut langkah buat resepi ini satu persatu. Jangan derhaka resepi tau.


Jom lihat pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!