Walaupun pertama kali masak laksa Penang, Mama Siti yakin yang Mama boleh masak menu ini dengan sempurna. Sebabnya, Noratiqah Nordin kongsikan satu per satu cara buat laksa Penang ikan sardin ni tau.
Aroma ikan yang menyatu dengan daun kesum dan bunga kantan membangkitkan selera. Rugilah kalau tak cuba resepi kita kali ini.
Mama Siti tak sabar lah nak tahu, jom kita memasak!
Resepi Laksa Penang
Resepi oleh: Noratiqah Nordin
Bahan-bahan Kuah
- Ikan sardin tin (Di kisar)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Belacan
- Cili kering (Di kisar)
- Bunga kantan
- Daun kesum
- Asam keping
- Garam
- Gula
Bahan-bahan Pelengkap
- Mi laksa
- Timun
- Bawang merah atau bawang holland
- Limau kasturi
- Telur (pilihan)
Cara-cara
#1 Kisar 4 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, belacan dan ikan sardin bersama-sama. Tambahkan sedikit air supaya mudah untuk mengisar.
#2 Apabila kisaran sudah lumat, tuang bahan-bahan kisara itu ke dalam periuk.
#3 Kemudian, masukkan pula 2 senduk cili kering yang telah dikisar dan kacaukan agar rasanya menyatu dengan ikan dan bahan kisaran lain.
#4 Seterusnya, masukkan air mengikut tahap kepekatan yang diinginkan. Jika sukakan kuah pekat, masukkan hanya sedikit air sahaja.
#5 Apabila kuah sudah mula menggelegak, itu tandanya sudah boleh masukkan daun kesum, bunga kantan dan 4 asam keping bersaiz besar.
#6 Akhir sekali, kita mestilah kena perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa Mama. Tunggu sehingga kuah menggelegak sekali lagi dan tutup api.
#7 Sediakan mi dan rencah lainnya kemudian tuangkan kuah laksa yang telah siap dimasak itu.
Tips Menyediakan Resepi Laksa Penang
- Tanda-tanda kuah laksa sudah menjadi adalah dengan masak kuah laksa sehingga daun kesum layu.
- Masukkan sedikit ikan sardin yang dicarik supaya bau ikan lebih menyengat di dalam kuah.
Tumis dan reneh. Kacau-kacau siap. Senang kan Mama? Mama jangan lupa cuba cara buat resepi laksa penang ini di rumah ya.
Sebelum ini, Mama Siti pernah kongsikan beberapa resepi yang mi dan pasta yang kena dengan tekak orang Melayu. Cubalah, manalah sedap kan.
Selain resepi di atas, Mama boleh dapatkan pelbagai lagi resepi masakan yang lain di SINI!