Kata orang menu yang satu ini menggunakan mi spageti adalah kerana pengaruh kerabat diraja Johor yang mempunyai susur galur dari barat.
Tapi tak dinafikan, kuah laksa Johor unik dari yang lain. Bayangkan, rasa ikan, santan dan serbuk kari yang menyatu dalam satu hidangan. Sedap betul!
Jom, Mama Siti tunjukkan lagi bahan-bahan dan cara menyediakannya.
Resepi Laksa Johor

Resepi oleh: Nuryusra Ibrahim Kutty
Bahan-bahan
Bahan-Bahan Kisaran Pertama
- Ikan kembung/ selar/ selayang/ parang (Direbus)
- Udang
- Udang kering
- Ikan masin kurau
Bahan-Bahan Kisaran Kedua
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Lengkuas
- Kunyit hidup
Bahan-Bahan Kuah Laksa
- Minyak masak
- Serai
- Cili kisar
- Rempah kari
- Kerisik
- Santan
- Asam keping
- Daun kesum
- Bunga kantan
- Gula perang/ gula Melaka
Bahan-Bahan Tambahan
- Spageti
- Timun
- Kacang panjang
- Bawang holland
- Limau kasturi
- Sambal belacan
Cara Memasak
#1 Sediakan bahan-bahan kisaran pertama dengan takaran 5 ekor ikan rebus, 5 ekor udang, udang kering dan ikan masin kurau. Kisar sehingga lumat.

#2 Kemudian, sediakan pula bahan kisaran kedua dengan ukuran 2 biji bawang besar, 6 biji bawang merah, 6 biji bawang putih, sedikit halia, lengkuas dan kunyit hidup.

#3 Sekarang, kita akan mula menumis kuah laksa Johor. Pertama, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisaran kedua bersama-sama serai yang telah diketuk.

#4 Apabila tumisan mula pecah minyak, tambahkan 4 sudu rempah kari yang telah dibancuh dan 4 senduk cili kisar.

#5 Selepas itu, masukkan bahan kisaran pertama ke dalam periuk dan tunggu sehingga ia mendidih.

#6 Tidak dilupakan untuk belah bunga kantan kepada beberapa bahagian sebelum memasukkannya ke dalam kuah laksa. Manakala daun kesum hanya perlu dicuci dan terus dimasukkan ke dalam kuah laksa Johor.
#7 Seterusnya, tibalah masa untuk tambahkan 4 sudu besar kerisik, 4 asam keping dan 2 kotak santan. Perasakan kuah laksa dengan garam dan gula perang.
#8 Di samping itu, Mama rebus spageti dan hiris atau potong bahan-bahan hiasan bagi melengkapkan menu laksa Johor.

Petua Menyediakan Resepi Laksa Johor
- Kisar ikan secara berasingan dengan bahan kisaran yang lain. Pastikan Mama menapis kisaran tulang ikan kerana bimbang ada duri yang masuk ke dalam kuah laksa.
- Asam keping dimasukkan pada proses akhir kerana ingin mengawal tahap kemasaman kuah laksa.
Mama Siti simpulkan, cara masak kuahnya tak jauh beza dengan menu laksa lain, hanya bahan-bahannya sahaja yang berbeza.
Alang-alang tu, Mama cubalah resepi ayam masak merah yang Mama Siti pernah kongsikan sebelum ini. Mana tahu jadi masakan kegemaran seisi keluarga.
Jom lihat pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!