Ketupat sotong lembut dan berlemak memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Mereka yang dari negara lain pun suka ketupat sotong ni.
Kali ini, Mama Siti nak kongsikan resepi ketupat sotong Terengganu daripada Nor Al Fatihah, anak kelahiran asal negeri Terengganu sendiri.
Jom cuba!
Resepi Ketupat Sotong Terengganu
Resepi oleh: Cookpad
Bahan-bahan
- 6 ekor sotong bersih yang dibuang kulit
- 1/2 cawan beras pulut
- 1 1/2 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- 1/2 cawan air
- Sebiji bawang merah dihiris
- 1/2 inci halia dihiris
- 1/2 biji cili merah besar dihiris
- 1/2 sudu kecil halba
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
Cara Memasak
1. Rendamkan beras pulut selama 15 minit. Kemudian, toskan.
2. Masukkan beras pulut ni ke dalam badan sotong sebanyak separuh je untuk bagi ruang ia kembang bila masak nanti.
3. Masukkan kepalanya dan cucuk dengan lidi untuk kemaskan supaya tak terkeluar beras pulutnya nanti.
4. Masukkan sotong dan santan cair ke dalam periuk dan rebus hingga beras pulut masak. Kira-kira dalam 10 hingga 15 minit gitu ya. Jangan lupa untuk tutup periuknya.
5. Teruskan dengan memasukkan santan pekat, air, bawang merah, cili merah, halia dan halba.
6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Tambah ya jika perlu. Kacau-kacau biar sotong sebati dengan kuah.
7. Siap untuk dihidang!
Tips Buat Resepi Ketupat Sotong Terengganu
- Jangan terlebih isi beras pulut ke dalam badan sotong. Ia perlukan ruang untuk mengembang dan masak.
- Kemaskan kepala sotong kepada badan sotong betul-betul ya Mama. Kalau terkeluar beras pulut, tak padatlah nanti ketupat sotong kita.
- Jangan lupa untuk sentiasa kacau kuahnya supaya santan masak elok.
Tak payah dah nak beli di kedai. Boleh masak untuk sekeluarga terus kalau dah pandai nanti. Selamat mencuba Mama!
Cuba juga resepi kerang bakar guna air fryer ini.