KelabMama

Senang Betul Masak Resepi Ketam Telur Masin Ni!

Uniknya resepi kali ini, ia boleh digunakan untuk dibuat masak udang, sotong atau ayam. Walaupun ada rencah masakan telur masin di pasaran, resepi ketam telur masin yang dibuat sendiri akan lebih puas hati. 

Jom tengok bahan-bahan dan cara masaknya. 

Resepi Ketam Telur Masin

Kredit gambar: Cookpad

Resepi oleh: Aneka Resepi Masakan

Bahan-bahan

Cara-cara

#1 Rebus telur masin dan apabila sudah masak, kupas telur masin dan asingkan telur putih dan telur kuning.

Kredit gambar: Facebook/ Nurul Fathien Gazali

#2 Selepas itu, ambil telur kuning dan kisarkan dengan susu cair. Putih telur tak perlu dimasukkan sekali ya. 

Kredit gambar: Facebook/ Nurul Fathien Gazali

#3 Seterusnya, sediakan kuali panas dan masukkan mentega. Kita mulakan dengan masukkan daun kari ke dalam kuali dan biarkan hingga agak garing. 

#4 Langkah seterusnya, masukkan bawang putih dan cili padi hingga naik bau. Selepas itu, tuangkan susu cair dan kuning telur yang telah dikisar. 

Dekat sini, Mama dah boleh perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. 

#5 Oh ya, sebenarnya kita kena goreng ketam separuh masak terlebih dahulu sebelum menumis bahan-bahan lain. 

Masukkan ketam yang telah digoreng dan gaul hingga sebati. 

Tips Resepi Ketam Telur Masin

Nak buat masak ketam boleh, nak buat masak lauk lain pun okay juga. Alang-alang ada ketam, apa kata Mama cuba masak ketam masak kam heong guna multicooker pula.  


Dapatkan lebih banyak resipi menarik dan tips masakan di SINI!