Sebelum Mama mula memasak resepi ketam masak cili ini, jangan lupa untuk siang ketam dengan cara yang betul. Kemudian barulah kita siapkan bahan-bahan masakan untuk memudahkan proses memasak nanti.
Resepi dari Puan Azlina Ina ini memang selalu menjadi perhatian warganet, apa kata kita cuba?
Resepi Ketam Masak Cili Pedas
Resepi oleh: Azlina Ina
Bahan Utama
- Ketam
- Air
- Asam keping
- Garam
- Gula
- Perahan limau
Bahan-bahan Tumis
- Bawang Holland
- Halia
- Bawang putih
- Cili padi
- Cili merah kisar
Bahan-bahan Sos
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos tiram
Bahan-bahan Hiasan
- Tomato
- Bawang Holland
- Cili padi
Cara-cara
#1 Siang ketam sampai bersih dan rebus dengan sedikit air bersama-sama dengan sekeping asam keping dan garam. Simpan air rebusan tadi untuk proses memasak yang seterusnya selepas ini.
#2 Panaskan kuali dengan minyak masak dan masukkan bahan-bahan tumis hingga wangi dan naik bau.
#3 Selepas itu, terus sahaja masukkan bahan sos dan sedikit air rebusan ketam dan perasakan dengan garam dan gula sesuai citarasa Mama.
#4 Seterusnya, masukkan pula bahan hiasan ke dalam kuali dan pastikan Mama menggunakan api besar ketika proses ini.
#5 Apabila semua bahan-bahan sudah menyatu dan digaul rata, tibalah masanya untuk tuangkan ketam yang telah direbus pada awal tadi dan gaul semuanya sekali.
#6 Sampai ke proses terakhir iaitu tambahkan perahan limau kasturi ke dalam masakan untuk memberikan rasa masam dalam resepi ketam masak cili.
#7 Ketam masak cili sudah pun selesai dimasak dan boleh diangkat untuk dihidangkan.
Tips Memasak Resepi Ketam Masak Cili
- Semasa merebus, segera tutup api apabila ketam mula bertukar menjadi warna merah supaya rasa manis ketam kekal dalam masakan.
Boleh tahan terliur Mama Siti menulis resepi ini untuk Mama. Nak cuba resepi seafood lagi? Boleh!
Resepi sotong phat phet ini pun tak rugi dicuba. Lebih-lebih lagi kalau makan masa lapar dengan nasi panas.
Dapatkan resepi-resepi yang menyelerakan yang lain di SINI.