KelabMama

Masakan Fresh Seafood Yang Mudah! Resepi Kerang Bakar Menggunakan Air Fryer

Baru beli fresh kerang daripada pasar raya? Nak masak apa hari ini? Jom try masak Kerang Bakar dengan hanya menggunakan Air Fryer sahaja! Resepi yang sangat mudah dan Mama juga boleh belajar cara-cara untuk membuat sos cili Thai sendiri!

Sebelum itu, mari kita lihat dulu apa sebenarnya khasiat kerang ini dan boleh ke makan dengan jumlah yang banyak? Mama juga perlu baca sampai habis tau sebab Mama Siti ada juga kongsikan tips untuk makan kerang!

Kandungan Mineral dan Vitamin Dalam Kerang

Ternyata banyak juga vitamin dan mineral dalam kerang ini. Mari kita lihat pula apa manfaat semua vitamin dan mineral pada kerang ini!

Manfaat Kerang Pada Kesihatan

Banyak khasiat dan manfaat makan kerang ni. Namun, peringatan untuk Mama supaya jangan makan kerang dengan jumlah yang banyak tau. Ini adalah kerana, kerang mengandungi kolesterol. Kadar kolesterol pada kerang terlalu tinggi dan berisiko memberi kesan kepada kesihatan jantung kita.

Tips Makan Kerang

Bila makan seafood ni, ramai orang mempunyai alahan terhadapnya. Jika Mama berasa alergik seperti gatal, ruam, mual, muntah, cirit birit, susah untuk bernafas, atau rasa bengkak, Mama harus berhenti makan dan segera mengambil ubat alahan.

Seterusnya, jangan makan kerang jika ia masih tertutup rapat. Ini adalah kerana, kerangnya sudah mati sebelum dimasak. Kerang yang sudah mati sangat cepat bau busuk dan rasanya tidak sedap lagi.

Haa, sekarang Mama dah tahu manfaat dan tips untuk makan kerang. Untuk menikmati menu ini, jom lihat cara membuat kerang bakar dengan hanya menggunakan air fryer sahaja.

Resepi Kerang Bakar Menggunakan Air Fryer

Bahan-Bahan

Cara Memasak

  1. Mula-mula, bersihkan kerang dan tuskan.
  2. Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  3. Kemudian, masukkan kerang, cili merah dan bawang merah ke dalam Air Fryer.
  4. Masakkan selama 10 minit.
  5. Untuk sos, gaul sebati sos cili Thai, jus limau kasturi, daun ketumbar dan bawang putih di dalam mangkuk.
  6. Akhir sekali, hidangkan bancuhan sos bersama kerang bakar.