Mama Siti selalu kongsikan resepi yang mudah, simple dan tak renyah kan? Berbeza kali ini, Mama Siti nak buat kek pisang rasa premium dengan bahan-bahan mampu milik.
Mama Siti tengok gambar pun dah terliur, tak sabar betul nak cuba resepi kek pisang ini. Mari kita mulakan.
Resepi Kek Pisang Ala Kayangan
Resepi oleh: Rushdi Lazim
Bahan-bahan
- Pisang
- Susu segar (Full cream)
- Cuka makan
- Gula perang
- Mentega
- Tepung naik sendiri
- Soda bikarbonat
- Serbuk koko
- Cip coklat
- Kekacang
- Garam
Cara-cara
#1 Langkah pertama ialah kita perlu lenyekkan pisang sehingga hancur. Sama seperti nak buat cekodok pisang.
#2 Seterusnya, campur susu dengan cuka untuk menjadikannya seperti tekstur buttermilk. Biarkan dalam lebih kurang 10 minit.
#3 Cairkan mentega dalam kuali panas di atas dapur. Selepas itu, campurkan mentega ke dalam bekas yang telah diisi susu dan gula.
#4 Kemudian, kita akan masukkan pula tepung yang telah diayak, soda bikarbonat dan serbuk koko.
#5 Tuangkan pisang lenyek dan perasakan dengan sedikit garam. Di dalam adunan itu juga, masukkan cip coklat dan kekacang.
#6 Kini, Mama boleh tuang adunan kek pisang ke dalam loyang. Sebagai hiasan, tabur cip coklat dan kekacang di atasnya sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar.
#7 Bakar pada suhu 150℃ selama 45 minit. Oh ya, sebaiknya, gunakan saiz loyang 7 inci untuk pembakaran sempurna.
Tips Menyediakan Resepi Kek Pisang
- Kek pisang kayangan sebenarnya lebih sedap kalau menggunakan coklat jenis Belgium dan pure butter.
Resepi kali ini tak mudah tapi rasanya premium tau. Aktiviti seperti ini sesuai dijadikan aktiviti mengeratkan hubungan dengan anak-anak.
Dapatkan lebih banyak resepi menarik dan viral di SINI!