KelabMama

Resepi Kek Marble Coklat Sukatan Cawan Yang Sedap, Mudah dan Praktikal

Cantik dimata, enak dimakan. Tak tahulah nak huraikan macam mana kek marble yang sedap ni. 

Mama tahu tak? Ada satu resepi kek marble yang simple dan praktikal yang kita semua boleh buat. Tak kira yang masih amatur atau profesional, menjadi!

Mari kita buat sendiri kek marble kali ini. Mesti sedap kan.

Resepi Kek Marble Coklat 

Kredit gambar: Che Nom

Resepi oleh: Hariyati Sanuddin  

Bahan-bahan

Cara-cara

#1 Satukan 1 ½ cawan marjerin dengan 1 cawan susu pekat. Kemudian, kacau hingga rata kedua-dua bahan itu. 

Kredit gambar: Nor Hidayah Mohd

#2 Sediakan 4 biji telur. Masukkan telur satu per satu ke dalam campuran tadi sambil mengadun perlahan-lahan. 

#3 Selepas itu, masukkan 2 cawan tepung gandum dengan satu sudu kecil baking powder yang telah di ayak. Kacaukan hingga semua bahan itu sebati. 

Kredit gambar: Nor Hidayah Mohd

#4 Langkah seterusnya, kita perlu bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian kosong iaitu tiada tambahan perisa. Satu lagi bahagian, kita tambahkan 2 sudu besar serbuk koko dan kacaukan. 

#5 Sementara itu, panaskan ketuhar (oven) pada suhu 170℃ sebagai persediaan membakar kek marble nanti. 

#6 Sediakan loyang berukuran 7 inci dan letakkan sedikit marjerin atau kertas alas yang telah diminyakkan. Ini bertujuan supaya kek senang dikeluarkan nanti. 

#8 Tuangkan adunan kek secara berselang-seli untuk membina corak marble itu. Dengan kreativiti Mama, ambil satu cucuk lidi dan corakkan kek marble mengikut citarasa. 

#9 Masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 170℃ selama 45 minit. 

#10 Kek marble sudah siap dibakar dan boleh terus dipotong untuk dihidangkan buat keluarga dan tetamu. 

Tips Menyediakan Resepi Kek Marble

Kredit gambar: XTRA-

Senang sahaja rupanya cara nak buat kek marble ini. Orang-orang yang baru belajar buat kek pun boleh buat kek marble yang sedap.


Pelbagai resepi menarik yang lain ada di SINI untuk Mama cuba.